Multiple Pages

07/04/2012

PANAS: Najib Memangku Jawatan Menteri Wanita. Rosmah Senyum Lebar Untuk Memangku.



Oleh: HHalem.

1- Berita cukup menarik hari ini ialah Perdana Menteri DS Najib Razak telah membuat keputusan untuk memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat setelah tamat tempoh perkhidmatan DS Shahrizat Abdul Jalil sebagai Senator pada 8 April.

Pengumuman Najib hari ini berikutan DS Sharizat Abdul Jalil telah melepaskan jawatan beliau dalam kabinet apabila tempoh perkhidmatannya sebagai senator untuk penggal pertama tamat pada 8 April berikutan kes National Feedlot Corporation yang melibatkan keluarganya.

2- Sebaik sahaja membaca berita Najib memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, sekelip mata terlintas di fikiran kita bahawa ini adalah satu perkara yang sangat bijak dan bertepatan yang dibuat oleh DS Najib.

Selain DS Najib sangat-sangat meminati hal ehwal pembangunan wanita, beliau juga di lihat tidak mahu memecahbelahkan lagi Wanita Umno yang sekarang telah berkecamuk dan masing-masing mengharapkan kem masing-masing menjadi Menteri mengantikan Shahrizat. Ini satu keputusan bijak oleh Najib.


3- Walau bagaimana pun, DS Najib juga harus berhati-hati kerana sekelip mata juga telah diketahui bahawa terdapat satu lagi jawatan di belakang tabir yang kerjanya ialah pangku memangku Kementerian Wanita berkenaan. Kita tidak mahu dilihat, akhir-akhir sekali Rosmah Mansur yang pangku memangku mengantikan beliau disetiap mesyuarat dan acara kementerian. Biar lah Rosmah dibelakang tabir kerana tersilap langkah oleh Najib kerana mengikut kehendak Rosmah akan menimbulkan publisiti buruk yang akan merosakan image Najib-Umno-BN-Kerajaan.

Apa-apa pun kita lihat dahulu setakat mana kebijaksanaan DS Najib kerana kita tidak mahu diperkatakan, sebenarnya “Rosmah Mansur Memangku Jawatan Kementerian Wanita” yang running-the-whole show, dan bukan nya DS Najib.


Sumber KLPos.

2 comments:

  1. Sekejap jer memangku tu, dah ada calon ni dari xxxxxx xxxx.

    ReplyDelete
  2. Altantuya dia kebas... hahahahhaha najib dapat peluang.

    ReplyDelete