Multiple Pages

08/04/2012

Politik Bola Mencalarkan Image. Sultan Ahmad Shah & Tengku Abdullah Tidak Sependapat.


Oleh: HHalem.

1- Nampaknya Politik Bola tidak berhenti begitu sahaja dengan pergantungan Annuar Musa selama dua setengah tahun. Hari ini ia berlarutan dengan pertelagahan terbaru, iaitu dengan anakanda Baginda Sultan Pahang sendiri.

Jika pertelagahan ini terus berlarutan, lama kelamaan, nama Istana akan tercemar dengan Politik Bola dan akan di pandang serong oleh segelintir rakyat yang tidak memihak kepada Istana.

Harus kita ingat bahawa Annuar Musa adalah bekas orang kuat Umno dan perkara serupa ini lah yang dinanti-nantikan oleh Pakatan pembangkang dimana mereka akan cuba mengaitkan nama Umno supaya terlibat bercakaran dengan Istana.

2- Ikuti berita Sinar Harian berikut.



.....start...
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah tidak bersetuju dengan cadangan Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk menjadi perantara dalam krisis penggantungan  Tan Sri Annuar Musa selama dua tahun enam bulan.

Sultan Ahmad yang juga Sultan Pahang bertitah sebagai Presiden FAM baginda perlu menyokong hukuman yang telah dijatuhkan terhadap Annuar yang juga Timbalan Presiden FAM kerana ia tertakluk kepada perlembagaan FAM.

"Saya sudah bersetuju dengan hukuman yang dijatuhkan terhadap Annuar, kemudian mahu sokong pula cadangan (supaya Tengku Abdullah) nak jadi orang tengah, ini tidak betul”

"Saya mesti sokong hukuman terhadap Tan Sri Annuar Musa dan persatuan bola sepak saya. Saya merupakan Presiden,  peraturannya ada,  jadi Annuar kena tunggu. Bukan Annuar seorang, sebelum ini ada orang lain lagi yang kena (tindakan),"

- titah baginda kepada pemberita pada majlis perasmian Program Penghijauan Pahang di Pulau Beram di sini hari ini.

Tengku Abdullah dalam satu kenyataan semalam memberi reaksi dengan nasib Annuar selepas didapati bersalah oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM kerana mengkritik skuad bola sepak negara.

Sultan Ahmad Shah turut menasihati supaya pihak yang berkenaan tidak terlalu bebas meluahkan pandangan tetapi bertindak mengikut perlembagaan.

"Kita merdeka, tapi kena ikut perlembagaan. Saya sendiri tak berani cakap, kalau kita tidak ikut (perlembagaan), siapa lagi. Orang luar, tentu tidak," tegas baginda.

Baginda juga menafikan dakwaan Annuar kononnya diminta oleh FAM menerusi  e-mel untuk membayar kos perbelanjaan mesyuarat jawatankuasa tersebut yang bersidang 4 April lalu.

"Itu bidaah (tidak betul). Kena bayar untuk apa sedangkan mesyuarat diadakan di FAM. Saya akan hubungi Setiausaha Agung untuk pastikan betul atau tidak perkara ini," titah baginda.

....end...

Politik Bola masih belum selesai dan kita tunggu apa jawapan Setiausaha Agung FAM. Adakah FAM tidak akan akui apa yang didakwa oleh Annuar mengenai tuntutan kos?

Semolek-moleknya, kes tuntutan kos ini tidak lagi dibawa ke press dan diselesaikan secara dalaman seperti yang diminta-minta dan di laung-laungkan sebelum ini. Ini lah masanya untuk membuktikan segala percakapan FAM, iaitu mahu selesaikan semua isu berbangkit secara dalaman dan tidak terlalu bebas memberi pandangan.

Yang pastinya nama Istana akan turut tergores dan tercalar, jika ia berterusan.

Jika Sultan Ahmad Shah & Tengku Abdullah tidak sependapat, apatah lagi Annuar Musa.

No comments:

Post a Comment