Multiple Pages

16/05/2012

Aduan SPRM Di Buat Terhadap Guan Eng Kerana Merasuah Tunku Aziz.


Oleh: HHalem.
"Kami kesal keterujaan kami untuk mengambil Tunku Aziz di dalam lembaga Penang Institute dengan meminta Ketua Menteri membuatkan tawaran (rasuah) itu..”


Naib Presiden PCM, Huan Cheng Huan Huan, dari Parti Cinta Malaysia (PCM) membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa Ketua Menteri Lim Guan Eng melanggar prinsip CAT (cekap, akauntabiliti dan telus) ciptaannya dengan menawarkan suapan rasuah RM50,000 dan jawatan felo kanan kepada Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim supaya kekal di dalam parti DAP.

Aduan itu dibuat di ibu pejabat SPRM Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini, pada kira-kira jam 4.30 petang. Beliau ditemani dua lagi ahli parti.

Tunku Aziz berkata beliau menganggap tawaran felo kanan dan imbuhan RM50,000 sebagai cubaan untuk memberi rasuah kepadanya, (di sini>).


Tunku Aziz mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Naib Pengerusi DAP dan keluar daripada parti itu Isnin lalu.


Tawaran rasuah tersebut dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Penang Institute, Zairil Khir Johari untuk melantik Tunku Aziz ke jawatan Fellow Kanan.

Zairil yang juga Setiausaha Politik Lim Guan Eng, berkata beliau kesal terhadap keterujaan beliau membuat tawaran (rasuah) tersebut bagi pihak Guan Eng.

"Kami kesal keterujaan kami untuk mengambil Tunku Aziz di dalam lembaga Penang Institute dengan meminta Ketua Menteri membuatkan tawaran (rasuah) itu, telah disalaherti sebagai justifikasi untuk beliau meninggalkan parti dan seterusnya mencemar Ketua Menteri," - Zairil dalam kenyataan media.

SPRM sudah tentu bila-bila masa sahaja akan membuat penyiasatan terhadap Guan Eng.

Jika Tunku Aziz sebelum ini percaya beliau terpedaya dengan konsep “cekap, akauntabiliti dan telus (CAT)” yang direkacipta DAP, beliau sepatutnya membuat laporan sendiri kepada SPRM, itu pun jika beliau masih lagi ada maruah dan martabat setelah sekian lama diperkudakan oleh Komunis DAP.

Bagi Guan Eng pula, silap-silap haribulan beliau berkata beliau tidak tahu apa-apa mengenai tawaran rasuah tersebut, maka Zairil akan di kambinghitamkan dan perlu bertanggung jawap. Maka terjadilah satu lagi episod Melayu Zairil Khir Johari (melayu kah dia?) menyesal seumur hidup kerana DAP.


Olahan dari myChannel13

4 comments:

  1. Tuan Hhalem, 
    Pandai juga Si Zairil anak Khir Johari ini bermain kata kata dengan media.
    Terjemahan " kami kesal" ... We regret adalah ayat Selamat untuk digunakan.

    Belum tentu lagi Zairil ooi...hang dok Tanjong, hang kena ingat...Mamu, Kak Chombi, Din Sungai Dua, Sahak Tanjung Bunga, Leman Sungai Batu Dan Kak Yam Glugog...tak Bodo macam hang.

    Kena check juga salasilah Zairil ni...

    DAP Menuju ke alam musnah...dah banyak retak...tunggu mampuih kat Batu Maung...baru lah penduduk Kampong Seronok...Seronok betui betui.

    SPRM...dalam keadaan Seronok ni...nak tangkap Ikan besag punya....

    ...
    ..
    .

    ReplyDelete
  2. Harap ada black/white, saksi sebagai bukti. Puak2 tu dengan senang hati boleh nafikan kalau takde bukti. Last dia tuduh Tunku Aziz buat cerita.

    ReplyDelete
  3. zairil ni anak isteri khir johari dr perkahwinan terdahulu.

    ReplyDelete