Multiple Pages

10/05/2012

Aksi Seks. Azmin Naik Syok Dengan Tun Mahathir.


Oleh: HHalem.
Berlari ke hulu ke hilir meraih simpati.

Minggu lalu, kita melihat bagaimana Tun Mahathir bersuara mengenai aksi gambar seks Azmin Ali yang disiarkan Utusan Malaysia (di sini >).

Tun secara menyindir, mencadangkan Azmin menyaman Utusan sehingga ke angka rm500 juta.

“Kena saman malu, RM100 juta ke... RM500 juta ke...buat macam tu nak bagi malu Azmin saja, jadi dia patut bawa ke mahkamah," – Tun dipetik Sinar Harian.

Azmin sehingga kini yang cuba meraih simpati sana sini seperti budak yang belum matang terkinja-kinja seronok dengan apa yang disindirkan oleh Tun.

Beliau naik syok tidak terhingga kerana percaya Tun menyokong beliau, sehinggakan bertweet kepada Tun dengan berterima kasih kepada Tun. Lihat apa kata Azmin.

"Dr Mahathir pun sokong saya. Saya terkejut.”


Ingatkah kita bagaimana sikap angkoh Azmin dengan menghina Tun semasa Tun ‘tersungkur’ sakit di Australia?

"Saya tweet kepada Tun, mengucapkan terima kasih kerana menasihati saya. Kalau Tun Mahathir simpati dengan saya, takkan Tan Sri Khalid tak simpati dengan saya," – Azmin pada sidang media.

Nampak benar Azmin sebelum ini cuba meraih simpati dengan MB Selangor Khalid, sehinggakan beliau naik berang dengan Khalid, yang disampaikan melalui Zuraidah Mak Lampir. (di sini>).

  
Terkemudian dari itu kita lihat juga bagaimana Wan Azizah secara senyum menyindir sambil-sambil menbedal sikap dunggu Azmin kerana melupakan ibu beliau, Mak Tom. (di sini>)

"Tak eloklah, sebagai anak dia (Azmin) patut pergi melawat ibu dia. Itu kan tanggungjawab anak, jadi saya nasihatkanlah (Azmin)," – Wan Azizah

Apa lagi, Azmin pun naik angin macam putus wayar lalu men-tweet kembali kepada Wan Azizah kerana terang-terang Wan Azizah mengetahui dan memberitahu umum yang Azmin budak kecik yang belum matang meninggalkan ibu beliau.

Azmin men-tweet kembali dengan menyatakan "bimbang nanti rakyat akan celaru dengan apa yang dimaksudkan Datuk Seri,"

Selepas tweet tersebut, sekali lagi Azmin naik syok, seperti mana beliau naik syok dengan kenyataan sindir Tun Mahathir.

"Malah selepas tweet ini, saya mendapati ada simpati yang luar biasa terhadap apa yang terjadi pada saya," – Azmin.

Sekali pandang memang Azmin ini masih lagi berkelakuan macam budak kecik belum matang yang meraih simpati keliling pinggang, seperti mana beliau mendapat belian kasih sayang dari adik-kakak perempuan beliau semasa kecil, yang banyak diceritakan didalam blog Ummi Hafilda.

4 comments:

  1. Bodoh bangang...Tun M sindir pun kata Tun M sokong. Pooodddahhhh

    ReplyDelete
  2. yg sebenarnya...TDM guna bahasa lunak jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita patut belajar cara TDM...

      Delete
  3. apalah punya biolnya si azmin ni. aku malu sangat dengan gelagatnya. apa punya maknusia bangang ni sampai tak tau sindiran tun. betullah kata GT, macam kanak kanak kecil yang belum tau bahasa, bila orang layan je dia ingatkan orang suka.

    ReplyDelete