Multiple Pages

09/05/2012

Tunku Aziz DAP Di Buat Macam Kucing Kurap. Gugur Jawatan Senator Berserta Tindakan Displin Di Lapur Menyusul.


Oleh: HHalem.
Telah di pandang seperti kucing kurap oleh DAP.

“Difahamkan bahawa Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim akan digugurkan daripada jawatan senator, dan tempohnya yang berakhir pada 30 Mei depan, tidak akan diperbaharui.

Tunku Abdul Aziz dijangka berdepan dengan tindakan displin daripada DAP selepas kenyataannya menolak perhimpunan duduk bantah BERSIH 3.0 pada 28 April lalu di Kuala Lumpur.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng secara terbuka membidas Tunku Aziz, dengan berkata bahawa kenyataan naib presiden DAP itu telah meletakkan parti itu dalam "kedudukan yang memalukan" sedang parti itu menyokong BERSIH yang menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.”

Berita diatas dipetik dari Mkini.


Kepada bekas pejuang Umno yang baru menyertai DAP dengan harapan yang begitu cerah untuk menyelamatkan Malaysia, please take note, so much for a freedom of speech. Padang rumput di sebelah pagar disebalek sana, tidak semestinya hijau seperti yang kita harap-harapkankan selama ini. Dan ia tidak akan berkekalan untuk kita berada terus di dalam DAP.

Oleh itu, berhijrah keluar lah dari DAP sebelum terlambat. Sebelum anda dibuat seperti kucing kurap.

Lihat kritikan Tunku Aziz terhadap Pakatan, di sini >

Lihat bagaimana Aspan Alias sudah mula panik dan gelabah kerana beliau telah tersilap langkah, di sini >

Aspan Alais jikalau hendak bertanding PRU13 nanti, kenalah duduk diam-diam, shut your mouth trap, seperti Dato Ariff Sabri aka Sakmongkol AK47. 

...............
Berita terkini, Tunku Aziz telah mengesahkan sendiri bahawa beliau tidak akan dilantik semula sebagai Senator oleh DAP .
  
“Dua bulan lalu mereka berjanji saya akan terus menjadi Senator, selepas kenyataan saya (berhubung Bersih 3.0), mereka kata sukar untuk meletakan nama saya,” 


1 comment:

  1. Bergitulah nasib, jika kita menongkah arus, tapi yang pelik bin ajaib mengenai Tunku Aziz ne, yang dia pi masuk Dap tu, pasai apa, mungkin dia nak cepat jadi popular, bagi aku mudah, perjuangan untuk Islam & Melayu, x dapat nama & ganjaran pun x apa, asalkan perjuangan kita ikhlas, melalui saluran yang betul bagi mertabatkan serta mengukuhkan kepentingan Anak cucu kita dihari muka, tanpa menindas hak kepentingan kaum2 lain, itu pun dah cukup puas bagi aku, entahlah bagi orang lain.

    ReplyDelete