Multiple Pages

14/05/2012

DAP-PAS Bergaduh. Potensi DAP Keluar Pakatan Adalah Tinggi.


Oleh: HHalem.

Perang besar antara PAS dan DAP dijangkakan akan berlaku lagi ikutan kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS yang berterusan mengutuk Karpal Singh. Perang mulut dan tindak balas Karpal akan dijangka kan beberapa hari lagi.

Pertelagahan ini sudah tentu mendatangkan hikmah disebaliknya kepada kekuatan Umno-BN, jika DAP berterusan bertelagah dengan PAS dan berkemungkinan DAP akan keluar dari Pakatan Rakyat. Potensi DAP keluar Pakatan adalah tinggi.

Kesannya dan setidak-tidaknya, penganut PAS akan berfikir dua kali dengan kecelaruan yang ditimbulkan hasil pakatan haram PAS-DAP-PKR.

...Ikuti berita dibawah...
Pas tidak akan ambil kira pandangan Karpal Singh yang berterusan menolak sistem pemerintahan Islam jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.


“Ini kerana bagi parti itu, kerjasama dalam PR adalah atas nama parti, bukan individu,” - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Harun Taib.

Menurut Harun, beliau tidak pernah dengar ada parti dalam PR yang tolak sepenuhnya hukum hudud melainkan Pengerusi DAP itu sahaja.

Sehubungan itu, katanya, Pas menganggap penolakan Karpal atas sifatnya sebagai individu, bukan mewakili DAP.

“Individu kita tak ambil kira. Jadi Pas tetap dengan perjuangannya,”
 – Harun.

Dalam pada itu, Harun menjelaskan, apa diperjuangkan Pas bukan semata-mata hudud, tetapi sistem pemerintahan Islam secara menyeluruh.

“Islam itu ‘addin’ atau cara hidup, bukan hanya hukum hudud. Islam yang kita perjuang meliputi aspek undang-undang, ekonomi, sosial, pendidikan­ dan lain-lain,” – Harun.

Harun berkata, Pas konsisten dengan perjuangannya sejak parti ditubuhkan pada 1951.
 .................................
Dalam satu kenyataan media disiarkan kelmarin, Karpal menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya berhenti mengeluarkan kenyataan bagi pihak PR mengenai hasrat parti itu melaksanakan hudud jika menang PRU13.

Karpal turut membidas Harun yang dikatakan mensabotaj keputusan parti itu pada muktamar Jun tahun lalu untuk tidak lagi mengutamakan agenda negara Islam sebaliknya negara berkebajikan.

“Saya akan tentang cubaan menubuhkan negara Islam,” demikian Karpal dilaporkan berkata dalam kenyataan itu.

Ini katanya kerana PR tidak pernah pun membincangkan sebarang agenda mengenai penubuhan negara Islam.

“Jadi tarikh PRU13 yang sangat hampir, saya harap mereka berhenti membuat kenyataan mengenai negara Islam,” katanya.
  
Sumber SinarHarian.

6 comments:

  1. Diorg sedang bermain wayang. biarkan je la

    ReplyDelete
  2. ...
    ..
    .
    Tuan Hhalem, 

    Ular, Buaya Dan Babi Hutan, tidak mungkin dapat duduk serumah.

    Apabila Tiba masanya Ular Akan membelit, Buaya Akan mengigit dab Babi Hutan Akan menyondol.

    Begitulah Pakatan Haramjadah ini, penuh dengan ayat berbelit...makan bangkai Dan Kuat menyondol. Lumrah kejadian alam Pakatan.

    Harap maklum.


    .
    ..
    ...
    ARK2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan:-)
      Perumpamaan & bandingan yg cukup menarik..

      Delete
  3. Sikit2 salahkan UMNO. Kalau nak berpolitik tak perlu nak salahkan pihak lain. Sendiri mau buktikan dulu yang awak boleh buat lebih baik.

    Dalam kain pun berserabut ada hati nak tegur orang lain.

    Rakyat mau Pakata Haram ni buktikan. Balik2 dok perbodoh orang kampung. Bila masuk bandar jadi beruk Bersih. Terloncat2 macam kena belacan.

    Nak cakap fasal Hudud. Islamkan diri sendri dulu. Pemimpinpun asyik dok cuim burit.

    ReplyDelete
  4. Sdr Tariq Ziyad, saya ucapkan syabas atas usaha PAS mendidik dan bersama DAP selama ini. Mungkin perlu diusahakan dengan lebih gigih dan keras lagi kerana nampaknya ada segelintir lagi ahli di dalam DAP yang kurang faham mengenai hudud dan mungkin juga Islam secara keseluruhannya. Dan sebagai pendidik, PAS harus tahu di mana kedudukannya. Jangan menjadi pak turut pula. Saya doakan semoga usaha ini berjaya dan terus berjaya. Biaq pi apa orang nak kata!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya DAP yang mendidik PAS dalam bab ugama.
      Pelahankan azan. Kafir boleh beri sumbangan Qurban. Kafir boleh beri ucapan dalam Masjid.
      Bagus tu.

      Delete