Multiple Pages

14/05/2012

PANAS. Tunku Aziz Keluar DAP Cara Bermaruah. Soalannya, Ada Maruah Ka Tunku.


Oleh: HHalem.

Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim meletakkan jawatannya dan keluar daripada parti itu.

Keputusan perletakan jawatan itu berikutan kritikan beliau terhadap perhimpunan Bersih 3.0 mendapat reaksi negatif daripada para pemimpin DAP.

Sehubungan itu, katanya, tempoh senatornya yang akan tamat pada 31 Mei ini tidak akan diperbaharui.

Dalam temu bual bersama NTV7 pada malam Isnin, Tunku Abdul Aziz berkata, beliau akan memaklumkan mengenai peletakan jawatan beliau selepas ini.

"Saya fikir sudah tiba masanya bagi saya untuk melihat secara serius terhadap kedudukan saya sendiri dalam parti”

"Memandangkan terdapat perbezaan yang sangat luas sekarang, yang tidak selari, dan tiada alternatif lain, saya akan keluar dengan cara bermaruah”

"Dengan itu saya akan meletakkan keahlian saya daripada DAP dan akan memaklumkan kepada parti dalam tempoh beberapa minit yang akan datang," katanya semasa temu bual yang berakhir pada pukul 9.30 malam.

Nak ketawa pun ada juga apabila Tunku Aziz berkata, “saya akan keluar dengan cara bermaruah”, wahal pada hakikat nya adakah Tunku mempunyai maruah apabila beliau menyertai DAP, pada mulanya.

Sekali lagi kita menyeru kepada Aspan Alias dan Dato Ariff Sabri aka Sakmongkol AK47, supaya meng-review kembali kedudukan mereka didalam DAP sementara mereka masih lagi mempunyai maruah.

Dunia DAP disebelah sana tidak seindah yang diharap-harapkan.

Berita dipetik dari mStar.

2 comments:

  1. nak join UMNO,dah byk kutuk UMNO.x apalah,Tunku still boleh jd pengundi biasa.ni hak Tunku.

    ReplyDelete
  2. ...
    ..
    .
    Tuan Hhalem,
    DAP itu PAP dan PAP itu mengadaikan maruah melayu.
    Lihat apa yang terjadi kepada Melayu di Singapura?

    Tinggal apa pada Kg Gelam Singapura?

    Untuk melayu mengankat bendera DAP, sudah kira di anggap tidak Bermaruah. 
    Apatah lagi, menerajui kepimpinan DAP!

    Jika sesaorang melayu itu masuk parti DAP, beliau Mempergadaikan bangsa untuk fahaman yang tidak menghormati hak keistimewaaan orang melayu! 

    Bersekongkol dan berkerjasama dengan DAP, kiranya merupakan petualang kepada bangsa melayu !

    Menyertai DAP untuk orang melayu merupakan satu perbuatan hina, jijik dan najis besar...tidak bermaruah.

    Andaian Jika sesaorang melayu pergi ke satu majlis kenduri tahlil dan kemudiannya menyatakan dia adalah orang kepimpinan DAP...maka akan berubah beberapa wajah yang ada di majlis tersebut. Ini namanya Wajah Maruah di kaca mata orang melayu!

    Ketika ini Tunku dah Checkmate. Nak join PKR atau PAS tidak mungkin...dek kerana partai haram ini bersahabat baik serta bertuhankan Kurpal Singh , Lim Kit Malam, Guan Eng Klentong dan ramai penyangak politik!

    Nak join Umno...tidak mungkin. Selepas berkahak ludah, tidak mungkin nak hirup semula.

    Mungkin boleh join KITA ... Itu pun kalau depa nak ambil.!
    Sebaik mungkin join la IKHLAS...bantu jual Burger di depan rumah hindu Ambabiga.

    Keluar secara Bermaruah...?...ha ha ha ha...oh lucunya...ha ha ha 
    Kapal nak karam...bukan keluar tetapi abandon ship...

    .
    ..
    ...

    ARK2

    ReplyDelete