Multiple Pages

23/05/2012

Kerajaan Saman Penganjur Bersih 3.0. Pak Samad & Hishamudin Terlepas.


Oleh: HHalem.

Macam mana si mamat ini terlepas dari kenan saman. 
Semasa rusuhan Bersih dia lari sembunyi kaa..
atau nama Hishamuddin tercicir dari senarai.
Pak Samad pula semua tahu sedang mengemis di atas jejantas.

Jika sama-contoh kerajaan ini berjaya, maka akan bermula lah siri-siri saman selanjutnya oleh peniaga-peniaga, persatuan, malahan oleh individu yang turut tercedera.

Peniaga-peniaga kecil yang memberi mental & psikologi torture di depan rumah Ambiga, tunggu apa lagi..Saman saja Ambiga and The Geng. 

...Berita........
Kerajaan memfailkan saman menuntut gantirugi berjumlah RM122,000 terhadap Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga serta 9 lagi ahli jawatankuasa pemandu gabungan tersebut kerana didakwa gagal mengawal perhimpunan anjurannya pada 28 April lalu sehingga pihak kerajaan terpaksa menanggung kerugian.

Yang di saman ialah:-
1- Ambiga,
2- Maria Chin Abdullah,
3- Zaid Kamarudin,
4- Haris Fathillah Mohamed,
5- Arumugam a/l Kalimuthu,
6- Arul Prakkash a/l Sinnappan,
7- Wong Chin Huat,
8- Dr Ahmad Farouk Musa,
9- Toh Kin Woon dan
10- Andrew Khoo.

Yang tidak termasuk dalam senarai saman:-
1- Datuk A Samad Said,
2- Hishammuddin Rais



Ketika dihubungi, Ambiga berkata, beliau telah diserahkan saman tersebut pada kira-kira jam 3.25 petang ini

Dalam samannya, kerajaan mendakwa pihak defenden telah:-

1- Membawa peserta perhimpunan yang terlalu ramai tetapi gagal untuk mewujudkan/mengadakan kawalan yang efektif dan secukupnya;

2- Gagal mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan perhimpunan tersebut berjalan dengan aman; dan

3- Gagal melantik bilangan orang yang perlu untuk bertanggungjawab bagi mengendalikan perhimpunan dengan teratus.

Akibat daripada kegagalan tersebut, 15 kenderaan milik kerajaan mengalami keroskan dan terpaksa menanggung kerugian yang telah ditaksirkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Kos untuk memperbaiki semua kenderaan terbabit ialah antara RM2,000 hingga RM16,000 yang kesemuanya berjumlah RM122,000.

Oleh yang demikian, Plaintif menuntut terhadap defenden untuk:-

1- Satu deklarasi bahawa Defenden-Defenden sebagai penganjur telah mengingkari seksyen 6(2)(g) Akta Perhimpunan Aman 2012 tersebut;

2- Gantirugi am;

3- Gantirugi khas berjumlah RM122,000;

4- Faedah dan gantirugi khas atas kadar 4 peratus dikira dari tarikh saman dan pernyataan tuntutan difailkan sehingga tarikh penghakiman;

5- Faedah 4 peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh;

6- Kos; dan

7- Apa-apa relif yang difikirkan sesuai dan manfaat oleh mahkamah.

Sumber dari Mkini.

2 comments:

  1. Selamat kembali anak-omak,:-)
    KJ telah mencuci kesalahan2 lepas dengan hanya berdebat.
    Teknik dn tektik yg berkesan dan nampaknya akan berjaya.

    Sekali lagi berdebat, KJ akan terus menjadi Ketua Pemuda.

    ReplyDelete