Multiple Pages

23/05/2012

TERKINI. NFCorp Saman Public Bank Berhad.


Oleh: HHalem.

Sepatutnya NFC telah lama mengambil tindakan saman terhadap Public Bank. Kerani yang mendedahkan segala maklumat kepada PKR Rafizi ialah Johari Sulaiman.

..mStar..
Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) pada Selasa memfailkan saman terhadap Public Bank Berhad di Mahkamah Tinggi di sini, bagi menuntut kerugian yang dialami sehingga menjejaskan kredibiliti dan reputasi syarikat itu dalam perniagaan berikutan bank tersebut didakwa telah melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (Bafia).

Peguam Cara yang mewakili NFCorp dalam satu kenyataan menegaskan bahawa perlanggaran keselamatan oleh Public Bank membolehkan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli, seperti yang didakwa untuk membuat spekulasi dengan memburukkan reputasi, kredibiliti dan keupayaan syarikat.

Ini katanya, ia termasuk syarikat-syarikat berkaitan dan pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dengan pihak kerajaan, orang awam dan ahli-ahli perniagaan.

“Dalam saman tersebut dinyatakan bahawa maklumat sulit dan rahsia perbankan NFCorp, syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya, serta pengerusi (plaintif) telah disebarkan kepada umum secara meluas, sehingga mengakibatkan kehidupan pengarah-pengarah dan ahli keluarga plaintif terdedah kepada ancaman bahaya,” katanya.

Peguam Cara NFCorp berkata, Public Bank bertanggungjawab melindungi maklumat mengikut dasar undang-undang, secara kontrak dan tanggungjawab telah diamanahkan daripada ia dicetak semula, diedar, dihebah, didedahkan atau disiarkan kepada mana-mana pihak, atau merekodkannya bagi mana-mana pihak, terhadap apa-apa maklumat atau dokumen membabitkan akaun pihak plaintif untuk disiarkan oleh mana-mana pihak ketiga.

“Tindakan undang-undang ini diharapkan akan menjadi satu peringatan kepada bank-bank dan juga institusi-institusi kewangan terhadap tanggungjawab mereka untuk melindungi maklumat rahsia pelanggan-pelanggan mereka dalam sebarang keadaan termasuklah memastikan pelanggan-pelanggan mereka tidak terdedah kepada ancaman bahaya,” katanya lagi.

Beliau menambah, Seksyen 97 BAFIA menyatakan,

“Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen yang pada pengetahuannya telah didedahkan dengan melanggar subseksyen (1) yang dengan apa jua cara sekali pun mendedahkan kepada mana-mana orang lain.”

............ 
(NEWS RELEASE prepared and issued on behalf of National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) by public relations consulting firm – GRA Communications Sdn Bhd.)

6 comments:

  1. makan obatt....

    ReplyDelete
  2. padan muka Public Bank!

    ReplyDelete
  3. padan muka Johari Sulaiman!

    ReplyDelete
  4. Cadangkan kepada DS Najib agar menarik semua FD yg ada di dlm Public Bank... Selama ini Public Bank hidup dgn FD Kerajaan BN... Berikan lebih kepada Bank berlandaskan Islam...

    ReplyDelete
  5. ...
    ..
    .
    Salam Tuan HHalem,

    Ketika ini dan disaat ini kita mesti lihat apakah yang akan terjadi dengan Johari Sulaiman.

    Dia tersepit. Dia akan teraniaya. Adakah Rafizi dan Mal lampir akan menangong kebajikan Johari Sulaiman.?

    Adakah Johari Sulaiman akan di biar hanyut dalam gelombang politik PKR yang tidak bertamadun ini?

    Mampukah Johari Sulaiman melalui detik detik sukar dalam hidupnya?

    Siapa akan membela Johari Sulaiman yang terang-terang di pergunakan bagai lembu oleh penglembu Rafizi.?

    PKR tidak bertamadun. Tiada adap. Tiada etika. Mengunakan sesaorang untuk mencuri.

    Ini bola tanggong oleh NFC - sedap belasah Bank Lembu Gemok.
    Boleh kenyang dua keturunan.
    Tahniah kepada Rafizi kerana berjaya memperlembukan Johari.

    .
    ..
    ...

    ARK2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayangkan semua pengasas PKR dah berhenti..tingai lagi sorang saja..
      Johari ni mangsa terkini..boleh laa jadi driver..

      Delete