Multiple Pages

03/05/2012

Tun Mahathir Bersuara Mengenai Aksi Gambar Azmin Ali.


Oleh: HHalem.

Ketika ditanya mengenai penyebaran gambar yang mempamirkan sikap-tidak-layak menjadi seorang pemimpin Azmin Ali, Tun Dr Mahathir berkata Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali perlu mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman pihak yang memalukannya.

Tun Dr Mahathir berkata tindakan saman oleh Azmin adalah langkah seelok-eloknya diambil untuk membersihkan namanya.

"Dia boleh nafi itu bukan dia. Saya harap dia bawa orang itu ke mahkamah lah”

“Kena saman malu, RM100 juta ke... RM500 juta ke...buat macam tu (penyebaran gambar) nak bagi malu Azmin saja, jadi dia patut bawa ke mahkamah," – Tun dipetik Sinar Harian.


Tun berkata kepada media semasa Program Bicara Negarawan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dengan tajuk 'Cabaran Umat Islam Masa Kini : Persepsi dan Realiti' anjuran kerajaan negeri Terengganu dengan kerjasama Institut Pengajian Strategik dan Integriti Terengganu di sini, hari ini.

Ketika ditanya pendapatnya tentang kesahihan gambar berkenaan, Dr Mahathir berkata beliau tidak percaya kepada gambar, namun tidak ada apa yang mustahil dalam dunia ini.

"Kadang-kadang kamera dalam tandas pun orang letak juga," katanya.

   
Buah fikiran Tun kali ini cukup rumit dibaca kerana kita tahu bahawa Azmin Ali ada lah bekas staff Tun (Ummi Hafilda kata anak angkat Tun), sebelum diambil dan dirosakan oleh Anwar. Dan Tun setakat ini dan sehingga sesaat ini belum lagi mengutuk atau menghina Azmin.

Seperti biasa Tun mencadangkan didalam bentuk sindiran yang tajam supaya Azmin membawa perkara itu ke mahkamah dan menyaman RM500 juta.

Tun juga tidak percaya kepada gambar-gambar, tetapi Tun berkata ia tidak mustahil berlaku.

Kita lihat, tiada cadangan dari Tun supaya perkara itu dilaporkan kepada Polis. Kita tahu bahawa jika perkara ini dilaporkan kepada pihak polis, maka habislah semuanya digeledah dan akan terjumpa lagi segala rahsia-rahsia sulit yang mungkin akan mengambil masa bertahun-tahun untuk diselesaikan. Barang diingat, Azmin dan PKR akan sebuk dengan PRU13 nanti dan ini yang cuba dielakan.

Oleh itu perkara yang paling mudah ialah menyaman Utusan Malaysia kerana kita semua tahu bahawa Utusan menyambung laporan dari blog-blog, dan tiada bukti-bukti fizikal ditangan Utusan. Kita juga tahu dari segi sejarah kes-kes yang lepas, Utusan pernah tewas didalam kes serupa ini.

Sumber Sinar Harian>

5 comments:

  1. silap2 loyar Utusan pakat2 ngan loyar Azmin..dapat ler sikit.

    ReplyDelete
  2. Berani Kerana Benar dan takut Kerana Salah..itu saja..senang cerita

    ReplyDelete
  3. hari ni azmin sudah saman utusex 100 juta....pecer plak,mesti desak suruh sumpah laknat plak kan hehe,tukarlah skrip sikit asyik ikut stail aku ja..kata Tun

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah saman ke? sumber mana cik ambik ni?

      Delete
  4. keluarga dah sahkan itu Assmin. takkan mak, adik beradik tak kenal sama sendiri? compare gambar pun dah boleh sahkan

    ReplyDelete