Multiple Pages

04/05/2012

Tun Mahathir Menempelak Hadi Kerana Mahu Pinda Perlembagaan.


Oleh: HHalem.
“Saya lihat ia hanya permainan kata-kata. Macam dulu kata nak negara Islam, mati-mati nak negara Islam lepas itu kata tiada dalam al-Quran, sekarang kata negara berkebajikan pula. Ini nak menipu rakyat” – Tun Mahathir

Sebelum ini, Presiden Pas, Hadi Awang berkata, pakatan pembangkang akan pinda Perlembagaan negara kepada Islam sebagai ad-din, iaitu merangkumi seluruh kehidupan manusia, jika dipilih sebagai kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

“PAS bercadang membuat perubahan kepada Perlembagaan Persekutuan yang hanya meletakkan Islam sebagai agama rasmi (religion) menjadi Islam sebagai Addin, satu cara hidup yang lengkap, sekiranya di beri mandat oleh rakyat pada pilihanraya umum akan datang.” – lapuran BuletinOnLine.

Komen Tun Dr Mahathir.
Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan cadangan Hadi Awang yang ingin meminda Perlembagaan Negara, yang mana dilihat tidak perlu.

Menurut Tun, cadangan untuk meminda Perlembagaan yang ketika ini meletakkan Islam sebagai agama rasmi kepada Islam sebagai ad-din hanya kata dusta pembangkang.

“Islam memang sudah ad-din, petunjuk. Ia bermaksud Islam memberi petunjuk kepada manusia dan memang untuk kita amati. Tidak payah letak dalam perlembagaan sebagai ad-din kerana Islam (sendiri) memang sudah ad-din”

“Saya lihat ia hanya permainan kata-kata. Macam dulu kata nak negara Islam, mati-mati nak negara Islam lepas itu kata tiada dalam al-Quran, sekarang kata negara berkebajikan pula.”

“Ini nak menipu rakyat. Kita tidak boleh taksub dengan sesiapapun dan apa-apa ajaran, kita kena pegang kepada ajaran yang benar,” – Tun Mahathir.

Kata Tun selepas Program Bicara Negarawan Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak di Kuala Terengganu.


3 comments:

  1. hadi cuma berangan bersama PAS.

    apa kuasa PAS utk ubah perlembagaan? jika DAP yg kata, org masih boleh percaya lagi. ini budak suruhan dap yg cakap, sapa mau percaya?

    ReplyDelete
  2. kejap kejap ADDIN kan!!!! maksud nya arak judi dan daging babi akan dihapuskan lah betul tak....BERANI KE HADI NAK BUAT MACAM TU, YANG DEKAT KELANTAN TU PUN KO BAGI ALASAN....

    ReplyDelete
  3. paspispussssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss

    ReplyDelete