Multiple Pages

13/06/2012

MB Azizan Kedah Serkah Calon PAS Yang Bodoh-Piang.


Oleh: HHalem.
Pasai pa la orang-orang aku bodoh sangat.
“..orang nak buat pilihan raya, dia nak pi ke lain..”
"Ahli nak pi, pi la, tapi calon sahaja jangan dok pi, sat lagi orang nak undi calon, calon dok pi Makkah,"


Semakin dekat dengan PRU13, PAS punya la takut dan kalut sehinggakan pakcik-makcik nak pi tunaikan Haji pun jadi satu masalah bagi depa.

Ikuti kekalutan MB Azizan sehinggakan beliau terpaksa buat kenyataan pergi-haji yang dirasakan sangat memalukan PAS. Seolah-olah PAS tiada cukup pengundi sehinggakan terpaksa menggangu pakcik-makcik yang hendak ke Mekah.

Yang bertambah seronoknya ialah calon-clon PAS juga dikatakan hendak ke Mekah semasa jangkaan PRU13 nanti. Fikir sehingga otak berkecai pun tentu kita tidak dapat bayangkan betapa bodoh-piang nya calon-calon PAS.

Azizan menghamput calon-calon PAS Kedah yang bodoh piang, seperti berikut. Hatta Azizan juga berjaya membuktikan calon-calon PRU PAS memang Samdol.

“..orang nak buat pilihan raya, dia nak pi ke lain..”

"Ahli nak pi, pi la, tapi calon sahaja jangan dok pi, sat lagi orang nak undi calon, calon dok pi Makkah,"

Pernahkah Umno kalut seperti ini !

Boleh kah pembaca bayangkan nanti apa alasan PAS Kedah jika mereka tewas kepada Umno-BN di Kedah.?

Ikuti berita MB Azizan yang dilapurkan oleh SinarHarian seperti berikut.


.........
Tidak ada halangan untuk ahli Pas di Kedah mengerjakan haji walaupun kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) diadakan ketika musim haji, namun calon yang bakal bertanding perlu berada dalam negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tuntutan kewajipan menunaikan ibadat haji hanya sekali seumur hidup dan oleh itu, memadai jika mereka sudah memenuhinya.

"(Tunai) haji wajib sekali, yang sudah pi (pergi), nak pi buat apa lagi, cukup sekali, orang nak buat pilihan raya, dia nak pi ke lain, itu untuk orang yang sudah pi haji la.”

"Ahli (kalau) nak pi, pi la tapi calon sahaja jangan dok pi, sat lagi (nanti) orang nak undi calon, calon dok pi Makkah," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, hari ini.

Menurutnya, jika benar PRU13 bakal diadakan ketika musim haji, terpulang kepada ahli sama ada mahu  meneruskan niat itu atau menangguhkannya.

"Pi banyak orang pun tak apa, tak jejas (persediaan pilihan raya), ada ramai lagi, yang tu yang nak mengundi nanti, setakat dua org pi, nak heran apa.”

"(Jika ada ahli yang ingin tangguh ibadat haji) itu ikut suka dia, dalam Islam, yang nak pi haji kena ada berkemampuan dan berkeupayaan, keupayaan ini termasuklah jalan selamat, duit cukup, badan sihat, ada orang jaga anak di rumah, bila semua dah 'clear', tidak ganggu (ibadat), baru boleh pi," katanya.

Dalam perkembangan sama, Azizan berkata, tiada keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat berhubung isu penangguhan ahli daripada menunaikan ibadat haji seperti yang didakwa diperkatakan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Saya baru balik dari Kuala Lumpur, mesyuarat AJK Pas pusat, tidak pernah buat keputusan pun, mungkin dia (Tuan Ibrahim) cakap atas kapasiti ketua penerangan, kita tidak tahu.”

"Saya tidak mahu kata apa-apa, tidak diputuskan apa-apa, saya tidak dengar (sendiri), takut dia (Tuan Ibrahim) cakap lagu (macam) lain, orang tulis lagu lain, adakah dia maksudkan pengundi, calon atau orang yang sudah pi tetapi nak pi lagi," katanya.

Ketua Penerangan Pas itu didakwa mengeluarkan kenyataan meminta semua ahli Pas yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya untuk menangguhkan ibadat haji bagi memberi laluan kepada PRU13.

Malah, Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan kemudiannya menjelaskan bahawa penangguhan itu hanya merujuk kepada calon, wakil calon serta pengarah pilihan raya parti itu.

2 comments:

  1. Tuan brahim ni katanya ostad juga...awat yang terok sangat...bodoh sampai macamana sangat..Tunai Haji tu "RUKUN ISLAM"..RUKUN bukannya WAJIB..Wajib bolehlah kadang kadang ada excuse..RUKUN ISLAM KELIMA mana boleh ditangguh2..Dah cukup Syarat wajib kena tunai lah...Pilihanraya tidak termasuk syarat yang boleh membatalkan niat untuk menunai Haji...Kecualilah kalau Isteri yang baru kematian suami yang masih dalam edah...Awat yang tuan brahim ikut nafsu sangat..nak berpolitik sampai berani menghalang orang tunai Haji..mengunjungi rumah Allah...bawa bertaubat lah Brahim...Ditakdirkan ada orang ikut cakap Brahim tangguh ke Mekah tahun ini..tiba2 meninggal dunia sebelum tahun depan atau bila2..sapa nak tanggung dosa dia..sanggup kah Brahim tanggung dosa depa....lagi pun ingat orang Pas saja kah yang ke Mekah...rasa2nya kalau dibanci orang UMNO lebih banyak ke Mekah dengan tabung Haji....lagi pun DS Najib pun tak buka mulut apa2 pun pasai pilihanraya...PAS TAKUT KE DIRI SENDIRI KA...INILAH PAS...PARTI YANG MENDAHULUI KERUSI DARI TUNTUTAN AGAMA...PASA ADALAH PARTI YANG MEMPERALATKAN AGAMA UNTUK KEPENTINGAN PARTI...SEMOGA ALLAH AKAN MEMELIHARA BUMI MALAYSIA INI JATUH KETANGAN ORANG PAS YANG SEMEMANGNYA DAH SESAT TERUK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hang tu yg bodoh piang...

      Delete