Multiple Pages

12/06/2012

Menantu Najib & Rosmah Di Dakwa Di Mahkamah Kerana Menipu RM62 Juta.


Oleh: HHalem.

Berita dibawah bukan di rekacipta oleh PAS atau PKR, tetapi diterbitkan oleh akhbar The New York Post. Baca ia sebagai makluman terkini, kerana ia mungkin komplot terancang besar-besaran oleh kuncu-kuncu Yahudi Anwar di US untuk memalukan DS Najib dan "First Lady Rosmah".

Jika apa alasan sekali pun, Daniyar dan ibu beliau, Maira mungkin mempunyai alasan mereka tersendiri dan sudah pasti, jika berita ini benar, ia amat memalukan DS Najib dan nama Malaysia.
....................
The New York Post melapurkan bakal menantu Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak – Daniyar Nazarbayev, warganegara Kazakhstan didakwa terlibat dalam penipuan hartatanah dan penipuan kemasukan ke Universiti of Columbia.

Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan Amerika Syarikat, Danizar dituduh menipu bapa tiri beliau seunit The Plaza Condo bernilai AS$20 (RM62 juta) dan memasuki Universiti of Columbia menggunakan dokumen palsu.

Daniyar memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan, walhal Danizar sebenarnya bersekolah di Switzerland dan gagal menamatkan pelajaran.

Sehingga ke hari ini, rekod Universiti of Columbia masih menunjukkan Daniyar adalah bekas pelajar (Alumni) dan graduan pada 2010.

Bagaimana kah penipuan hartatanah tersebut berlaku?

Bapa tiri Daniyar bernama Bolat pada tahun 2008 ingin membeli sebuah apartment di New York. Daniyar dan ibu beliau, Maira telah mendapatkan Surat Power of Attorney dari Bolat supaya mereka boleh berurusan tanpa kehadiran Bolat.

Daniyar dan Maira sepatutnya meletakan nama Bolat sebagai pemilik condo The Plaza tersebut, tetapi akhirnya menipu dengan meletakan nama Maira. 8 bulan kemudian Maira telah menjual Condo tersebut kepada Daniyar dengan harga hanya $1. 

Daniyar & Nooryana Najwa

Sumber NYP>

9 comments:

  1. Yang jahat menantu najib dan ibunya, bukan najib yg jahat. Tak de kena mengena ngan najib pun. Sama gak ngan Tok Guru Nik Aziz, yg jahat menantu dia bukan Nik Aziz...

    ReplyDelete
  2. hahaha elok sgt la tu.. sang penyamun berbesankan sang penipu..mcm dlm filem p.ramlee

    ReplyDelete
  3. Mudah saja, jika betul menantu Najib penipu sebagaimana yang dikatakan, Najib perlu berwaspada, nanti senjata makan tuan, berhati2 bila mengeluarkan perkataan penipu kpd orang lain, itu saja nasihat aku kpd PM, walaupun beliau tidak patut disalahkan, anak perempuan dia yang mengahwini sang penipu itu, tempiasnya x akan dapat dielakan.

    ReplyDelete
  4. bakal menantu, belom jadi menantu lagi.yang sah menantu dan tinggal sebumbung dgn MB , menipu terang terang PMBk apa cerita.demotrasi rakyat pon ada. cammana. ini baru bakal menantu, bukan menantu lgi. yang ada video tonggeng tonggeng pon tak boleh caya lagi , apa ada pada berita yang belom soheh.

    ReplyDelete
  5. ...
    ..
    .
    Dua kemungkinan besar.
    Samada ini Merupakan berita Palsu atau Cinta dari Kazaktan adalah Cinta Palsu.

    Beli lah barangan buatan Malaysia!

    .
    ..
    ..

    ReplyDelete
  6. Mamat bakal menantu ni dah x dpt d kesan , dah jadi pengundi kot kat PEKAN

    ReplyDelete
  7. ini yang orang tua-tua kata, PILIH PUNYA PILIH TERPILIH BUKU KEMERAU!

    ReplyDelete