Multiple Pages

26/06/2012

Melayu PKR Johor Menganjur Makan Malam Haram (Non-Halal).


Oleh: HHalem.

Di atas ialah poster iklan Jamuan Makan Malam PKR di Johor yang sangat-sangat di gahkan oleh pro-pembangkang dan dicaci oleh pro-kerajaan yang tersebar meluas sekarang.

Peneraju dan penganjur makanan Haram (non-halal) itu dibuat sendiri oleh PKR Johor dan yang pelik dan nampak sangat tidak berapa betul ialah muka-muka Melayu PKR terpampang dengan bangganya di muka iklan tersebut.


Wajah-wajah kebanggaan terdiri dari Mohamad Nazri bin Ismail (Ketua AMK Johor), Shamsul Iskandar Mat Akin (Ketua AMK Pusat) dan wajah lama Anwar yang masih belum reput lagi.

Untuk makanan halal dicaj RM300 dan makanan haram dicaj RM500 untuk satu meja. Bertempat di Restaurant Guo Tai Sdn Bhd, Jalan Alor Bukit, Taman Lagenda Putra, 81000, Kulai, Johor.

Menunya sudah pasti terdiri dari ayaq-kencing-iblis, dan babi sudah pasti tidak dapat dielakan. Gelas dan pinggan mangkok akan bercampur baur dan kaedah pembasuhannya memang sangat-sangat diragui. Babi dan beer amat mahal, maka meja terpaksalah dicaj lebih.

Bagi setengah pengikut-pengikut PKR-PAS mereka beranggapan bahawa peduli apa dengan gelas-pinggan-mangkok, bukannya haram pun dan bukannya untuk dimakan.

Bagi fahaman majoriti non-Muslim dan setengah Muslim pula, makanan restoran mereka “Halal” hanyalah dengan perkataan, “we do not serve pork base food” atau “kami tidak menghidangkan makanan berunsur babi”. Lain-lain semua dikira halal.

Apa nak jadi pada setengah-setengah generasi dan pengikut PKR dan Pak Lebai PAS sekarang!

Anwar hendak menang politik punya pasal, garis panduan diabaikan dan generasi muda PKR menjadi terpinga-pinga dan menganggapnya tidak salah dan menjadi norma-norma kehidupan biasa masyarakat Melayu-Islam.

Sumber AidcNews.

No comments:

Post a Comment