Multiple Pages

26/06/2012

Nizar Hina DS Najib. Tuduh Najib Beri Rasuah (Video).


Oleh: HHalem.
Kerja Menghina Adalah Kepakaran Nizar.


Mohammad Nizar Jamaluddin anggap insentif RM35 juta melalui Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) yang diumumkan Perdana Menteri semalam sebagai 'satu rasuah yang amat dasyat'.


Nizar menyifatkan DS Najib sebagai pemimpin yang terdesak sehingga sanggup merendahkan dirinya untuk meraih undi kira-kira 70,000 pemandu teksi di negara ini.

"Ini satu rasuah yang amat dasyat. Saya cukup kesian kepada Datuk Seri Najib sebenarnya. Sampai ke tahap merendahkan dirinya pergi ke pihak 70,00 pemandu teksi. Ini satu rasuah yang terlalu jelas," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen..

Najib semalam mengumumkan baucar bernilai RM520 seorang kepada 66,538 pemandu teksi seluruh negara untuk menggantikan empat tayar di bawah inisiatif program TR1Ma.

Ucapan Nizar ialah diluar/lobi Parlimen, Nizar perlu di saman segera.

Selepas menghina Sultan Johor, kini Nizar menghina DS Najib pula.

Macam lah apabila PKR memerintah kelak, tidak akan memberi apa-apa insentif kepada rakyat sebagai tanda membantu dan perihatin.

Hari ini pun PR janji sana sini, akan memberi pelbagai insentif, itu pun jika mereka menakluk Putrajaya. Apa bezanya?

Bab kroni ! Apabila menang kelak. Nizar akan dilantik sebagai Chairman dalam berpuluh-puluh syarikat. Ingat syarikat-syarikat Umno boleh hampir ka dengan Nizar.

Setiausaha Sulit, Setiausaha Peribadi dan macam-macam lagi Setiausaha Nizar, akan makan duit Chairman dalam berpuluh-puluh syarikat swasta dan GLC. Itu belum diambil kira lagi office-boy Nizar akan dilantik sebagai Chairman dalam pelbagai Sdn Bhd yang kecil-kecil.

9 comments:

  1. Bagus nizar ni, contoh yg baik.... Sambil mulut berkata insyaAllah yg tak putus2, mulut itu juga sedang mencerca, mencaci dan memfitnah dalam masa yang sama.
    Sipenderhaka ini patutnya di nyahkan dari bumi Malaysia yg tercinta.

    ReplyDelete
  2. yang heran nya apa pemandu teksi tu bukan rakyat malaysia ke? aku harap lepas ni pemandu2 teksi terbuka lah sikit mata tu, dah memang konfem yang nizar tu takkan amik tahu masalah pemandu teksi dengan kata lain perkhidmatan pengangkutan awam.

    ReplyDelete
  3. PM telah berusaha bersunguh2 untuk rakyat.Petani,nelayan,pekebun ,peneroka felda,boroh dan kini kerita sewa menerima bantuan dari kerajaan BN.tidak mengira dari pati UMNO,pas,dap,bebas,miskin,kaya,yang susah dan yang senang,semua dibantu termasuk yang hari2 mengutuk kerjaan seperti Bob Lokman yang masuk hospital sekarang,berapa banyak bob nak bayar bil hospital nanti?Apakah semua ini RASUAH?

    ReplyDelete
  4. Saya rasa, bantuan kat pemandu teksi tu bukan rasuah. tapi salah satu langkah untuk tingkatkan perkhidmatan pengangkutan awam (macam disebut dlm nkra). Samalah macam pembaik pulih pudu tu...kalau kita sentiasa berfikir negatif atau kotor..yang keluar juga kotor..berbaik sangkalah sesama kita..

    ReplyDelete
  5. astagfirullahalazim... nizar ni patut kalau mati x sempat mintak ampun kat semua org yg dihinanye... mesti mata dia x leh nak tutup nih... mulut puaka... betul

    ReplyDelete
  6. bangangla dia nih... rasuah tu kalau masuk poket sendiri dpt kat diri sendiri mcm si puaka yg songlap duit kerajaan tu... ini bantuan utk rakyat seneap lapisan pun nak dikutuknye... mmg dasar mulut durjana si munafik ni....

    ReplyDelete
  7. beza antara subsidi air selangor dan subsidi elektrik kerajaan pusat..
    subsidi air - org kaya duduk banglo dapat air percuma 20meterpadu, tapi org miskin duduk apartment ramai lagi yang tak dapat. itukah keadilan?
    subsidi elektrik - org miskin yang tak mampu beli peti sejuk dapat elektrik percuma apabila jumah penggunaan elektrik kurang daripada rm20.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kan selangor saja yang dapat air percuma . Ha..Penang, Kedah dan Kelantan bukankah geng PR. Patut juga dapat air percuma...adilkah begini?

      Delete
    2. Orange miskin duduk apartment it namanya bukan miskin bang

      Delete