Multiple Pages

09/06/2012

Muhyiddin Mahu Anwar Jelas Kes RM3 Billion. Gimmick Politik Atau Permulaan Siasatan.


Oleh: HHalem.

Apabila Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali menimbulkan persoalan mengenai status siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pendedahan Abdul Murad hampir 13 tahun lepas, tiada siapa yang peduli.

Apabila NGO turut menggesa SPRM supaya menyegerakan siasatan mengenai dakwaan berkenaan memandangkan ia merupakan perkara  berkepentingan awam, pun tiada siapa yang ambil pusing dan ambil pot.

Tetapi apabila Bernama melapurkan bahawa TS Muhyiddin Yassin menggesa Anwar Ibrahim (Bekas Menteri Kewangan) menjelaskan segera dakwaan berhubung pemilikan 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion seperti terkandung dalam akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid, 13 tahun lepas, ada kah SPRM dan sesiapa akan ambil kisah?


TPM berkata, dakwaan berkenaan bukan perkara kecil dan dengan itu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu perlu bertanggungjawab untuk menjelaskan perkara berkenaan kepada rakyat kerana kewibawaan dan integriti Anwar akan terjejas sekiranya Ketua Pembangkang berkenaan tidak menjelaskan dakwaan itu.

"Angka (RM3 bilion) yang disebut adalah besar. Jadi, ia merupakan tanggungjawab Ketua Pembangkang untuk memperjelaskannya. Apakah benar atau tidak. Rakyat hendak tahu... pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuat tuntutan supaya penjelasan dibuat pun mewakili kumpulan rakyat yang bukan sedikit”

"Kalau tidak betul, Anwar harus mengambil tindakan terhadap pihak yang membuat dakwaan termasuk bekas Penolong Gabenor Bank Negara," – Muhyiddin di petik Sinar Harian Bernama.
  
Gesaan Muhyiddin bukan sahaja meminta Anwar respond terhadap tuduhan, yang mana Muhyiddin sendiri tahu ia tidak akan berlaku sehingga kucing bertanduk, tetapi ia juga membawa erti sebagai satu permintaan supaya SPRM membuka semula fail siasatan atas permintaan rakyat. Jika tiada juga tindakan diambil oleh SPRM ia membawa maksud pentadbiran DS Najib amat lemah dan bukan berjiwa dan berinpirasi rakyat seperti yang dilaung-laungkan. Di sini Muhyiddin nampak cukup berwibawa sekali.

Dari satu sudut melintang pula, ia juga menunjukan suara TS Muhyiddin langsung tidak laku dan tidak didengar oleh pentadbiran, terutama SPRM. Kelemahan Muhyiddin akan nampak jelas dimata rakyat.

Dari mana-mana sudut sekali pun, rakyat perlu penjelasan dan rakyat sudah jemu dan muak dengan Anwar yang senantiasa terlepas dari segala kesalahan yang lepas-lepas tanpa siasatan dan tindakan.

Adakah DS Najib & TS Muhyiddin hanya akan mengarahkan SPRM menyiasat sebagai gimmick politik supaya mereka berdua nampak cantik sebelum PRU13 dan kemudian fail siasatan akan ditutup semula atas alasan banyak lagi bangkai-bangkai jerung-jerung akan digali dan memalukan pentadbiran Najib?  

Atau ia satu lagi kes keselamatan Negara dan memalukan Bank Negara yang mana silap-silap haribulan akan turut merudumkan Najib? Pertimbangan wajar diperlukan.

Sumber inspirasi dari Bernama-SinarHarian.

No comments:

Post a Comment