Multiple Pages

10/06/2012

Tun Mahathir Di Pelawa Menjadi Penasihat Ekonomi Yaman.


Oleh: HHalem.

Perdana Menteri Yaman Mohamed Salem Basendowah mencadangkan Bekas bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad bertindak sebagai Penasihat Ekonomi bagi Negara tersebut.

Ianya disahkan menerusi kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Sana'a susulan kunjungan beliau ke Yaman pada Khamis lalu berkaitan soal pelawaan Perdana Menteri Negara tersebut.

Mohamed Salem turut menganjurkan majlis makan tengah hari sebagai salah satu program bersama Dr. Mahathir disusuli dengan pertemuan dengan Bekas Perdana Menteri Yaman dan beberapa Pemimpin Parti Politik Yaman serta Pegawai Bank Dunia.

Perdana Menteri Yaman sebelum ini mengagumi Malaysia dengan rekod pencapaian negara daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada sebuah negara maju sebagai 'Keajaiban Malaysia'.

Beliau turut berharap dapat mencungkil pandangan Dr Mahathir berhubung cara untuk membina semula Yaman.

"Dr Mahathir dapat mengambil peluang untuk berkongsi pengalaman Malaysia dan dasar yang dilaksanakan sepanjang tempoh 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri. Beliau memaklumkan kepada Perdana Menteri Yaman bahawa beliau bangga dipelawa menjadi penasihat ekonomi khas negara itu," katanya.

Mohamed Salem dilantik menjadi Perdana Menteri pada 11 Disember 2011 dan beliau kini menerajui usaha perdamaian nasional Yaman.

KLPos

6 comments:

  1. Saya pernah terbaca, tak ingat kat mana, bahawa ada lagi seorang rakyat Malaysia yang dilantik jadi penasihat ekonomi negara Turkey'
    Betul ke?

    ReplyDelete
  2. bukan turkey .. Israel ..

    ReplyDelete
  3. Silap tu, Pakatan Rakyat, terutama PKR, telah menghubungi semula Perdana Menteri Yaman dan mereka menegaskan, Yaman sebenarnya mahukan penasihat yang sanggup menerima gaji Rm1, jadi orang itu pastinya Anuar Aljuburi & bukanya Tun Mahathir kerana bagi Yaman mereka sungguh teruja dengan Anuar kerana Anuar bukan saja, pakar dlm ekonomi, akaun Anuar sendiri sudah mencecah 3bilion, Anuar juga handal mentaji lubang depan & belakang, siapa bolih lawan dia? terutama didalam perkara2 yang haram, begitulahlah sebagaimana yang ditegas olih wakil PKR kpd pengtaksub2 nya.

    ReplyDelete
  4. kalu si anu jadi penasihat lagi baik kut sebab banyak pengalaman tadbir urus korek pasir.

    ReplyDelete
  5. anuar tak boleh...israel dah booking dia

    ReplyDelete