Multiple Pages

28/06/2012

PAS Menipu Dan Pecah Amanah Lagi Di KUIN, Kedah. Laporan Polis Di Buat.


Oleh: HHalem.
Tipu Kakitangan KUIN Lagi.

KUIN dibawah kelolaan Menteri Besar Azizan Razak telah menipu dan pecah amanah terhadap petugas-petugas Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah dan menyebabkan 5 laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar semalam.
  
Petugas-petugas terbabit yang telah lama berkhidmat diantara 4 ke 15 tahun membuat laporan kerana KUIN tidak membuat pembayaran kepada bank, syarikat insurans dan institusi kewangan lain walaupun potongan dibuat daripada gaji mereka setiap bulan, sejak Januari lepas.
  
Akibat tindakan itu, ada antara petugas Kuin yang dikenakan tindakan termasuk menerima surat bagi tindakan mahkamah, kenderaan ditarik balik oleh bank dan penamatan polisi insurans oleh syarikat insurans.

Walaubagaimana pun pihak polis mengarahkan pengurusan KUIN menyelesaikan sendiri kes dakwaan pecah amanah membabitkan Rektor KUIN, Prof Datuk Dr Jamil Osman.
  
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Adzaman Mohd Jan berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes 'Refer to Agency (ROA)' dan polis merujuk kembali kes berkenaan kepada Kuin.
  
"Jadi kes ini perlu diselesaikan oleh jabatan yang terlibat dengan segera"

Perkara serupa ini cukup memalukan pihak kerajaan PAS kerana KUIN adalah dibawah pengawasan langsung oleh Menteri Besar Azizan sebagai Pengerusi KUIN, dimana perkara seumpama ini tidak pernah berlaku semasa pemerintah Umno-BN.

Itu lah kesudahan dan penghujungnya dan menunjukan bukti tahap kemampuan yang dapat dilakukan oleh PAS jika memerintah negeri.

Di Selangor, apa pula kesudahan nasib KUIS dan UniSEL jika Selangor terus diperintah oleh Pakatan selepas PRU13 nanti.

Di mana Rafizi telah berura-ura mencadangkan untuk merombak kontrak pemotongan rumput dan perjanjian konsesi asrama dengan BinaPuri tidak lama lagi.

“Kita (PR) akan tebus balik konsesi kroni-kroni Umno yang menyebabkan kos penyelenggaraan universiti di Selangor menjadi terlalu mahal contohnya seperti konsesi ADUN Permatang di KUIS selama 30 tahun dan satu kontrak pemotongan rumput di UniSEL berjumlah hampir 1 juta setahun,” - Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli

Sumber Bernama dan KeadilanDaily.

No comments:

Post a Comment