Multiple Pages

28/06/2012

Khir Toyo Hari Ini Lenyap Dari Politik Selangor. Tidak Akan Bertanding Lagi.


Oleh: HHalem.

Berita baik hari ini mengenai bekas MB Penyapu Selangor.

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo sahkan beliau tidak akan bertanding pada PRU13 nanti.

Khir Toyo, ADUN Sungai Panjang sejak 1999, memberi alasan standard bilamana mereka telah direject oleh masyarakat:

"Saya mahu menumpukan kepada keluarga saya dan berehat. Tidak ada alasan lain." 

Doktor gigi ini telah didapati bersalah berhubung kes pembelian sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam bernilai RM3.5 juta.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Dis 2012 telah menjatuhkan hukuman penjara 1 tahun dan kes ini masih lagi di peringkat rayuan.

Khir Toyo semasa lantikan Menteri Besar Selangor adalah MB termuda ketika usia 35 tahun pada 18 Ogos 2000.

Menyalahi norma-norma masyarakat.
Penyapu akan disembunyi dari pandangan mata apabila tetamu mengundang.

Ramai penyokong Umno teruja apabila mendengar Khir Toyo dihukum penjara dan sekarang pula beliau akan dilenyapkan terus dari dunia politik Selangor.

Selagi Khir Toyo masih berada dalam dunia politik Selangor, maka selagi itu lah stigma penyapu beliau terlekat difikiran rakyat Selangor dan rakyat akan naik menyampah dengan Khir, hatta Umno sekali.

Secara logiknya beliau tidak perlu bertanding, kerana jika beliau gagal di mahkamah rayuan dan terus dipenjarakan, makan Pilihanraya Kecil terpaksa pula diadakan.

Sumber Bernama.

2 comments:

  1. Elok lah tu...boleh lah dia teruskan latihan main golf di Kgsaas...Iron 7 punya swing dah berkarat...

    ReplyDelete
  2. Tidak bertanding dan undur diri bila dipersalahkan olih mahkamah maka masyarakat akan terus hormat. Itulah contoh kewibawaan orang UMNO sejati, saperti Sharizat yang rela berundur walau yang bersalah suaminya. Namun orang2 bodoh dungu akan tetap menaruh prasangka tidak baik terhadap perjuangan UMNO.Sedangkan beberapa pertubuhan politik Malaysia(bukan BN) tetap bermegah2 dengan ketua yang buruk peribadi, terlalu radikal menabur fitnah, bergelumang maksiat dan memburukkan negara sendiri di dunia asing. Tak kurang juga dengan pemimpin pro-perkauman yang berselindung disebalik slogan human right, kebebasan dan berjuang mengikut arus perdana barat yang lambat laun bakal menghancurkan budaya murni timur. Ingatlah siapa diri kita, keturunan kita, budaya kita, agama kita dan tanah ayer kita.Jangan lari dari manusia sebangsa dan seugama kerana jika diri kamu tersepit nescaya kamu akan berlari kencang munuju kearah kumpulan manusia bangsa kamu sendiri.Malang jika kamu lupa pada tanah ayer tempat kamu berpijak, warisan peningalan nenek moyang kamu sendiri kerana kamu asyik memburu warna2 indah di dunia kamu sanggup jadikan barang pertaruhan.Walau bangsa kamu mundur jangan kamu merasa terhina sebaliknya kamu semua mesti bersatu dalam matalamat untuk menuntut kembali warisan nenek moyang yang dirampas orang, yang nyata kini mereka hidup bermewah2, sewenang2 menghina agama kamu dan menungu masa sahaja untuk mengusir kamu dari kampung kamu.Ingat pesan moyang kamu 'buang yang keroh ambil yang jernih''bersatu teguh bercerai roboh''lidi kalau sebilah mudah dipatahkan kalau seberkas teguh jadinya''beringat sebelum terlambat' dan ingatlah betul2 sebelum bangsa kamu menjadi 'saperti telur dihujung tanduk'.

    ReplyDelete