Multiple Pages

21/06/2012

Rafizi Ramli Kena Terajang Keluar Dari Pejabat Penasihat Ekonomi. Resign Sebagai CEO.


Oleh: HHalem.
Bekas CEO - Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. 

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli secara mengejut telah mengumumkan beliau telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Jawatan Penasihat Ekonomi Selangor disandang oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

“Saya telah beri notis letak jawatan dari Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Sebarang pertanyaan mengenai ekonomi Selangor dan lain-lain, rujuk kepada Kerajaan Negeri atau Anwar Ibrahim,” kata Rafizi menerusi mesej Twitternya lebih sejam lalu.

Rafizi menjawab soalan-soalan menerusi Twitter mengenai alasan sebenarnya kenapa beliau meletak jawatan.

"Letak jawatan proses biasa. Perlu sedikit rehat, letih buat dua kerja di Kerajaan Negeri dan parti. Ramadan dah dekat, tumpu ibadah,"

"Ha, ha, ha, soalan tweet macam kata-kata terkenal (Rafidah Aziz mengapa-mengapa-mengapa)".

"Jangan bimbang saya tidak menangis bercucuran macam Tun M (Mahathir)” - dipetik dari SinarHarian.
Muka Anwar Semakin Reput.
Penasihat Ekonomi Selangor


Macam la Rafizi ni bagus sangat dan teruk sangat buat kerja. Macam negarawan ulung negara yang teruk bekerja dan perlu rehat kerana telah sakit dan uzur. Baru 2 tahun, belum lagi 20 tahun berkhidmat, tetapi sudah menunjukan sikap sombong dan bongkak.  

Nak tipu pengemar-pengemar PKR memang cukup mudah.

Biasanya jawatan akan dipegang selama mana yang boleh sehinggalah diri tidak diperlukan lagi kerana tidak perform atau kerana telah diterajang keluar kerana tidak mendatangkan hasil. Lebih teruk lagi jika diri menimbulkan pelbagai masalah kepada pentadbiran.

Jelas sejelasnya, penukaran kakitangan sedang berlaku didalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Kenapa ia berlaku sekarang, ditengah-tengah krisis yang melanda  Faekah Hussin (Setiausaha Politik MB Khalid Ibrahim) dan Azmin Ali?

Samaada Rafizi sebagai salah seorang yang membawa masalah kepada Faekah dan MB Khalid, atau beliau termasuk salah satu buah dadu percaturan yang sedang disusun semula oleh Anwar dan Khalid untuk meredakan krisis yang semakin runcing dalam PKR Selangor.

Apa-apa pun susunan semula, Faekah tetap disamping MB Khalid dimana-mana sahaja.

5 comments:

  1. Rafizi dapat kerja yg lebih bagus di Finland. Euro 30K.

    ReplyDelete
  2. Masa Rafizi fitnah Kak Jat tak ingat dunia pun. Macam2 kutukan dan hinaan ditanggung oleh beliau dan keluarganya. Bila Kat Jat didapati tidak bersalah oleh SPRM, Rafizi langsung tak minta maaf pun. Sekarang ni panaslah diri dia dgn perbuatannya sendiri. Sekejap je dah kena diri sendiri. Tu belum lagi kes saman Kak Jat dan kes BAFIA. Good luck Rafizi.

    ReplyDelete
  3. Tersenyum manja kak jat

    ReplyDelete
  4. Good Luck Nuar
    Gantikan dengan yang lebih baik , lebih setia , boleh dicucuk hidung bila-bila masa ,boleh dilembukan dan boleh diapa-apa an.
    ( Matt Ampang )

    ReplyDelete
  5. Rafizi tak cukup jambu....

    ReplyDelete