Multiple Pages

21/06/2012

Zainuddin Maidin. “Chin Peng Sangat Uzur Dan Menunggu Saat Mati”.


Oleh: HHalem.

Zainuddin Maidin melalui ZamKata.blogspot, menulis bahawa pemimpin perang gurila, Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng 90 tahun sedang dirawat disebuah hospital swasta di Bangkok dan berita-berita terakhir yang diterima di sini mengatakan keadaannya semakin  tenat. Beliau sedang menghadapi saat-saat kematian di Thailand.

Beberapa orang kenalan rapat dari Malaysia dan Singapura yang melawatnya baru-baru ini,  mendapati   keadaannya sangat uzur dan tidak lagi dapat mengenali penziarahnya.


Seorang dari dua pembantu yang berada di sisinya memberitahu mereka, bahawa Chin Peng  telah dikejarkan ke hospial dari rumahnya di luar kota Bangkok setelah keadaan kesihatannya semakin meruncing.

Dua pembantunya cuba untuk memberitahu kedatangan pelawat, tetapi dia kelihatan seperti antara sedar dan tidak sedar. Mereka diberitahu oleh salah seorang pembantunya, bahawa sebelum ini dia telah bercakap mengenai kematiannya.

Chin Peng dilahirkan di tingkat atas rumah kedai dua tingkat di  Kampong Koh, Sitiawan Perak, telah  menjadi anggota Parti Komunis Malaya (PKM) sejak berusia 15 tahun. Dia dilantik menjadi Setiausaha Agung PKM pada 1947 setelah Setiausaha Agung pertamanya, Lai Te menghilangkan diri dengan membawa mas dan wang USD1 juta (RM3.2 juta).

Sumber-sumber keselamatan pernah memberithau saya, bahawa Chin Peng mempunyai wang tunai yang berbaki kepadanya dari Comintern (Komunis Antarabangsa) sebanyak RM5 juta setelah tamatnya perjuangan PKM.

Ketua Menteri Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman, telah bersetuju  mengadakan rundingan mencari perdamaian dengan Chin Peng dan rakan-rakannya, tetapi rundingan itu yang diadakan di Baling pada 28 dan 29 Disember 1955 telah gagal, kerana PKM menolak  tawaran kerajaan supaya menyerah diri dan Parti Komunis Malaya diharamkan.

Rundingan damai itu yang berjalan secara sulit selama lebih setahun, berakhir dengan penandatangan perjanjian damai antara tiga pihak; iaitu kerajaan Malaysia, Kerajaan Diraja Thailand dan PKM di Haadyai  pada 2 Disember 1989.

Menurut buku memoirnya Chin Peng "My Side of Story",  perjuangannya selama lebih 40 tahun itu telah mengorbankan antara empat hingga lima ribu anggota gurilanya dan 200 orang telah digantung, diantara mereka adalah wanita.


HHalem:
Dah dua kali berita gempar ini muncul. Kali ini betul-betul padam kot !

Yang menarik di sini ialah apabila Zam menulis, “beberapa orang kenalan rapat dari Malaysia dan Singapura yang melawatnya baru-baru ini”, membawa erti bahawa kenalan-rapat-ChinPeng adalah juga kenalan-rapat-Zam.

Zam sudah pasti tahu siapa kenalan rapat ChinPeng tersebut.
Adakah mereka dari DAP atau PAP?

2 comments:

  1. Faham sama faham aja lah , mereka ta akan berpuas hatti selagi ta dapat memegang tampuk pemerintahan Malaysia dari orang orang melayu.Untuk kali ini perrcayalah hapuskan talam dua muka ini .

    ReplyDelete
  2. "Zam sudah pasti tahu siapa kenalan rapat ChinPeng tersebut.
    Adakah mereka dari DAP atau PAP?"

    Saya tahu jawabanya...kenalan rapat ChinPeng ialah Al-Jubs!
    Cium mulut lagi!

    ReplyDelete