Multiple Pages

20/06/2012

Selepas Ummi, Sekarang Ezam Pulak Ada Bukti Anwar Songlap RM3 Billion.


Oleh: HHalem.
"Ezam 6-Kotak"

Setelah Ummi Hafilda berikrar dan terus membantu SPRM dengan bukti-bukti dokumen terbaru yang Azmin-Anwar-Shamsidar berkomplot menyonglap RM3 billion>, kini muncul pula Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam menyatakan beliau juga bersedia memberi kerjasaama dengan pihak berkuasa berhubung pengendalian akaun-akaun sejumlah RM3 bilion oleh Anwar-Azmin ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

“Walaupun saya tidak mengetahui sepenuhnya mengenai keseluruhan akaun-akaun tersebut tetapi saya tahu sebahagian besar daripadanya”

“Dalam kes ini, kita bukan memilih antara dua parti, bukan memilih antara Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi adalah demi kepentingan negara,”

Ezam memberi pandangan kenapa Anwar tidak berani menyaman Murad atau Datuk Eskay.

“Jika beliau yakin di pihak yang benar, dari kes video yang didedahkan Datuk Eskay lagi, beliau sudah mengambil tindakan undang-undang bagi mempertahankan dirinya.”

“Anwar tidak menggunakan undang- undang untuk kebenaran, undang-undang padanya hanyalah untuk politik semata-mata,”


Tukang Spin-Putar-Memutar Penganti Ezam-6Kotak.


Setelah kuncu-kuncu Anwar pening dan tiada modal untuk menyerang Kerajaan, kini muncul idea terbaru untuk di spin dan modal untuk pengikut-pengikut PKR menjawap didalam blog-blog dan Fbook penyokong pembangkang.

Di bawah ialah idea terbaru untuk di putar-putar yang diberi oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution memutar-mutar bahawa Murad dipercayai didatangi pihak tertentu dan memberi arahan agar tidak membuat penafian berhubung kenyataan beliau terhadap Anwar. Iaitu Murad telah diugut.

“Kita mendapat maklumat bahawa beliau didatangi oleh pihak tertentu, yang melakukan ugutan, malah kami tahu siapa pegawai terbabit yang berbuat sedemikian.”

“Abdul Murad telah didesak agar tidak membuat penafian, kita tahu beliau diugut,”

Tuduhan spin Saifuddin telah direkod kerana ia diucapkan semasa sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di Parlimen kemarin.

Ezam mesti tahu muslihat dan teknik spin Saifuddin kerana beliau pun pernah berbuat demikian sehingga mendapat gelaran “Ezam 6-Kotak”.  

Sumber dari SinarHarian.

1 comment:

  1. hahahahaha..pulak dah ezam kotak lg..
    kalini brapa kotak plk..
    yg 6 kotak tu klu bwk mai sekotak pun tak pa dah..
    blh pakat usong ramai2..

    ReplyDelete