Multiple Pages

21/06/2012

Tun Mahathir Kritik Anwar Kenapa Tak Saman TIBAI-Umi-Murad-Ezam.


Oleh: HHalem.

Tun Dr. Mahathir mempersoalkan kenapa Anwar Ibrahim tidak menyaman bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid berhubung dakwaan mengawal 20 akaun induk bernilai RM3 bilion.

Pada masa sama, beliau juga mempertikaikan dan merasa hairan kenapa Anwar bertindak mendiamkan diri dan tidak menyaman Umi Hafilda Ali dan Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) yang kini lantang memperjuangkan isu tersebut.

Tun turut tertanya-tanya mengapa Anwar tidak mengulangi tindakan saman, dimana ia pernah dilakukan kepada beliau, sehingga menyebabkan bekas beliau tidak boleh bercakap apa-apa mengenai perkara tersebut.

"Beliau pernah saman saya RM100 juta disebabkan itu saya tidak boleh berkata apa-apa terhadap beliau disebabkan kes ini dirujuk ke mahkamah.”

"Ternyata, Anwar amat prihatin dengan reputasinya biarpun saya hanya mengulangi penghakiman oleh mahkamah ia dianggap sebagai satu kesalahan," - Tun dipetik Utusan.


Tun mengulas tindakan membisu Anwar mengenai pendedahan Murad serta dakwaan Ummi Hafilda bahawa beliau menyimpan dan memiliki bukti-bukti baru berhubung pemilikan 20 akaun induk oleh Anwar serta kekayaan abangnya selaku Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. (Di sini>)

Terkini sekali ialah Ezam menyatakan bahawa beliau juga mempunyai bukti, disini>

Ia jelas menunjukan bahawa Anwar memang takut akan Tun yang masih mempunyai kuasa bersuara dimana kata-kata Tun boleh mempengaruhi ramai rakyat Malaysia. Tun tidak perlu berkempen kehulu kehilir dan masih ramai lagi yang mahu mendengar kata-kata Tun, yang boleh mempengaruhi sesiapa sahaja. 

Malahan, kata-kata Tun didengar diseluruh dunia dan kesannya cukup meluas dan boleh menjahanamkan Anwar. Itu yang Anwar risau, terutama sekali ketika beliau sedang hendak berbaik-baik, mencari pengaruh dan mencari dana dengan Yahudi dan Amerika, termasuk juga dari Timur Tengah. 

Berbanding dengan pihak-pihak lain seperti Ezam, Nalla dan TIBAI, yang jelas kurang mendapat pengaruh dimana ramai rakyat Malaysia tahu mereka-mereka ini bekas kucing-kurap PKR.

Mereka-mereka ini, termasuk Ummi dan Murad, dimana hanya dengan sekali spin bahawa mereka menerima bayaran dari Umno, sudah cukup membuat penyokong tegar PKR-PAS berfikir dua kali tentang kewibawan mereka.

Boleh kah PKR, spin cerita bahawa Tun dibayar, malah Tun diugut oleh orang Umno? 
Seluruh dunia akan ketawa terbahak-bahak dan pandang Anwar seperti badut sarkas.

Adakah pemimpin-pemimpin dunia lain, termasuk Amerika dan Arab, ambil kisah atau percaya dengan kata-kata bekas-bekas kucing kurap PKR?

Tun tahu semua jawapan-jawapan tersebut !!

1 comment: