Multiple Pages

24/06/2012

SPRM Sudah Masuk Campur. Faekah Husin Sudah Tentu Kena Gantung.


Oleh: HHalem.
 PKR Selangor Memang Betul-Betul Mahu Jatuhkan Faekah.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti isu berkaitan pengakuan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berhubung surat sokongan agar firma guaman yang mempunyai hubungan keluarga dipertimbangkan mejadi panel peguam Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul berkata, pihaknya sedang meneliti peranan dimainkan Faekah dalam isu surat tersebut.

Kata Mohd Shukri ketika menghadiri Majlis Perasmian Kompleks Pejabat SPRM Negeri Kelantan di sini, hari ini.

"Kalau setakat bagi surat, bukan dia yang buat, ia bukan satu kesalahan di bawah akta kita, tetapi kalau dia sendiri duduk sebagai ahli lembaga yang membuat keputusan dan melantik adik-beradiknya, itu baru satu tuduhan di bawah akta kita,"

Bagi SPRM, mereka akan buka fail jika terdapat lapuran. Sudah tentu PKR Selangor betul-betul mahu pisahkan Faekah dari Khalid Ibrahim sehinggakan ada yang sanggup buat lapuran nanti.

Kita tunggu dan lihat siapa yang sanggup membuat lapuran rasmi kepada SPRM terhadap salahlaku Faekah.

Faekah sudah tentu tidur tak lena kerana bila-bila masa SPRM akan panggil beliau untuk disiasat secara rasmi, jika terdapat lapuran dibuat.? Jika bersalah, sudah tentu Faekah kena gantung dan dipisahkan dari Khalid.

Sumber SinarHarian.

No comments:

Post a Comment