Multiple Pages

25/06/2012

Faekah Kecundang. PKR Selangor Minta Faekah Di Gantung Dan Di Siasat.


Oleh: HHalem.
"..Faekah perlu digantung dan di siasat.."

Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie meminta MB Khalid supaya konsisten dengan tindakan dan kenyataan beliau seperti sebelum ini dan perlu membuat siasatan penuh terhadap Faekah. Ia semata-mata demi mempertahankan kewibawaan kerajaan negeri.
  
“Saya rasa adalah lebih baik digantung dulu tugas pegawai yang terlibat (Faekah) supaya siasatan dapat dilakukan. Untuk mengelakkan rasa tidak puas hati... saya berpandangan elok digantung dulu seperti kes-kes sebelum ini dan tindakan itu dilihat jauh lebih konsisten,"

"Jadi tidaklah nanti menjadi tuduhan-tuduhan besar, Menteri Besar melindungi Setiausha Politiknya," – Suhaimi kepada AntaraPos.


Dengan desakan itu memberi makna bahawa PKR Selangor dan Ketua Penerangan PKR Selangor memang mahu dan ingin melihat Khalid Ibrahim menggantung Faekah Husin, walaupun sementara, dan menyiasat sama ada Setiausaha Politiknya itu salah menggunakan kuasa berhubung isu penggunaan kepala surat Pejabat Menteri Besar.

Memang PKR Selangor diterajui Azmin Ali betul-betul mahu mengeyahkan Faekah walaupun Faekah sudah mengakui menulis surat sokongan itu tetapi menafikan sebarang salah guna kuasa. Salah gunakuasa atau tidak, SPRM sudah mengintai-intai Faekah untuk dikorbankan, di sini>

Yang semua orang pasti, sebelum Ketua Penerangan PKR hendak mengeluarkan apa-apa statement yang berkepentingan politik dan masyarakat, termasuk dasar dan polisi, sudah tentu mendapat green-light dari boss beliau terlebih dahulu. Siapa boss besar PKR Selangor? Atau adakah kebiasaan PKR Selangor main hentam keluarkan statement ikut sedap hati?

Khalid Ibrahim cukup terdesak sekarang kerana beliau tidak ada apa-apa kuasa tertinggi politik PKR Selangor. Dan untuk tidak melepaskan Faekah, orang kesanyangan beliau, Khalid terpaksa melutut kepada Azmin. Malahan Khalid akan sanggup mengikut telunjuk Azmin asalkan Faekah tetap bersama beliau. Orang kecewa seperti Khalid akan sanggup melakukan apa sahaja, termasuk paling tidaknya akan merajuk.

Berbalik kepada surat bermasalah Faekah, lihat dimana masalah besarnya, ia berbunyi:

"Pentadbiran ini (Tan Sri Abdul Khalid) juga berpandangan bahawa peluang HARUS diberikan (kepada syarikat Zeenat Asyiqin & Associates) selagi ia tidak menyalahi mana-mana peraturan syarikat."

Nampak benar PKR Selangor all-out secara besar-besaran, sementara ia masih panas, mahu Faekah Husin dinyahkan dari Khalid Ibrahim. Ini kerana mereka telah menjatuhkan hukum bahawa Faekah telah bersalah sebelum beliau disiasat.

"Saya ingin menegaskan jika Datuk Menteri Besar pernah mengeluarkan arahan tidak memberikan kebenaran surat-surat sokongan dikeluarkan dalam bentuk perniagaan... dalam kes ini surat yang dikeluarkan itu nampaknya sudah bertentangan dengan arahan yang dikeluarkan," - Suhaimi

Cukup berat bagi Faekah/Khalid untuk menang kerana Suhaimi merujuk kepada kes-kes yang lepas seperti seorang peguam yang akan menjatuhkan hukuman dan memisahkan Faekah dari Khalid.

"Kalau kita lihat seperti kes sebelum ini, maka adalah lebih baik kita konsisten dengan keputusan itu dan sewajarnya pegawai yang terlibat digantung daripada tugasnya untuk diadakan satu sisatan dalaman bagi  membersihkan nama pegawai yang terlibat," – Suhaimi.

Sanggup kah Kak Wan melihat Faekah kecundang digantung?

Jika Kak Wan masuk campur dan cuba menyelamatkan Faekah, apa pula kata Bang Non (Anwar), dimana Azmin Ali adalah kekasih gelap beliau.

Semuanya serba salah !!.
Kesudahannya kehendak PKR Selangor mesti diikuti.
Kecundang lah Faekah !
  
Olahan dari sumber KLPos.

No comments:

Post a Comment