Multiple Pages

15/07/2012

Azmin Memberi Tamparan Kepada Wan Azizah Sebelum Masuk Selangor.


Oleh: HHalem.

Presiden PKR, Dr Wan Azizah minggu lalu diberitakan bersedia dan bersungguh-sungguh mengambil kira untuk bertanding kerusi DUN di Selangor pada PRU13 nanti.

Hari ini Azmin Ali, sebagai Timbalan Presiden PKR, merangkap Pengerusi PKR Selangor, merangkap juga Pengarah Pilihan Raya PKR, nampak seperti meletakan pelbagai syarat-syarat kepada Presiden beliau sebelum boleh dilayakkan bertanding di Selangor.

Pertamanya, Presiden mesti mendapat cadangan akar umbi.
Keduanya, cadangan tersebut mesti dipersetujui parti PKR Negeri.
Ketiganya, cadangan tersebut mesti dipersetujui parti PKR Pusat.
Keempatnya, hasrat Presiden belum dibincang oleh Pakatan Rakyat Negeri.
Kelimanya, hasrat Presiden belum dibincangkan oleh Pakatan Rakyat Pusat.
Keenamnya, samada Presiden akan memberi  kesan berganda yang positif kepada parti atau sebaliknya adalah paling mustahak.

Jika syarat tidak dipenuhi, maka Presiden tidak layak langsung bertanding di Selangor.


Kata Azmin sebagai Timbalan kepada Presiden beliau yang mahu bertanding di Selangor.

“Cadangan (Wan Azizah) boleh diketengahkan. Itu perlu bincang secara terbuka dan jujur dalam parti.”

“Kalau ada cadangan daripada akar umbi di Selangor, ia boleh diusulkan di peringkat pusat. Ini kerana di Selangor pemilihan calon bertanding pilihan raya dilakukan secara kolektif dan mengambil kira pandangan anggota parti,” – dipetik dari SinarHarian>


Jawatan Azmin ini cukup anih; dialah Timbalan Presiden, dialah Pengerusi PKR Selangor dan dialah juga Pengarah Pilihan Raya PKR.

Semua jawatan dia bolot, itu belum kira lagi duit-duit dan projek-projek yang boleh di bolot di Selangor.

Sehinggakan Presiden PKR yang tertinggi mesti melalui beliau terlebih dahulu sebelum boleh memasuki Negeri Selangor. Azmin cukup dan amat berkuasa di Selangor.

Dengan kuasa yang penuh dan tidak terhad di peringkat Negeri, adakah kemasukan Azizah (Presiden PKR) ke dalam negeri dianggap sebagai satu ancaman kepada beliau. Jika ini terjadi, maka bergolak lah lagi PKR Selangor dengan asyik bergaduh sesama sendiri tanpa tumpuan sepenuh masa kepada kebajikan rakyat.  

Kem Azmin-Anwar akan bergaduh sakan dengan kem Azizah-Faekah-Khalid. Dan sudah tentu nanti Wan Azizah juga terliur melihat jawatan Menteri Besar Selangor, yang kita sudah sedia maklum bahawa jawatan MB ini memang dikehendaki oleh Azmin sebagai pelengkap kuasa mutlak beliau di Selangor. Sudah tentu juga, Khalid tidak akan melepaskan jawatan beliau seberapa yang boleh.

Bergaduh lagi !.

Paling mudah ialah tendang Azmin ke peringkat Pusat, dan biarkan gandingan Faekah-WanAzizah-Khalid bermaharaja lela di Selangor.

Mahu kah rakyat Selangor memberi undi pada PKR pada PRU13 nanti, iaitu tiket untuk mereka bergaduh sesama sendiri dan mengabaikan tanggungjawap kebajikan rakyat yang telah di amanahkan melalui peti undi.

Cubaan memerintah sepenggal telah diberi dan terbukti PKR tidak mampu dan tidak layak memerintah Selangor yang telah menjadi caca merba.

1 comment:

  1. Hanya yang bodoh dan baghal aje yang nak undi PKR dengan "jenayah" politiknya yang terang dan nyata.

    Menifesto PKR tidak semsetinya dilaksanakan. Apa lagi yang pengundi nak nilai? Keculai bagi pengundi yang telah dirosakkan akal oleh PKR sendiri.

    ReplyDelete