Multiple Pages

15/07/2012

Zaliah Zakaria Muncul Kembali. “Saya Tertekan”... “Anwar Pondan”


Oleh: HHalem.
Zaliah Zakaria menunjukkan gambar Anwar dalam akhbar Utusan Malaysia sambil meminta Ketua Pembangkang itu membuat kenyataan berhubung isu RM3 bilion bagi membersihkan namanya di Pulau Pinang, semalam.


Wanita yang dikaitkan dengan isu RM3 bilion, Zaliah Zakaria meminta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan berhubung perkara itu bagi membersihkan namanya.

Katanya, kenyataan itu penting kerana selain dapat menjelaskan perkara sebenar kepada masyarakat, ia juga dapat mengelak pandangan serong orang ramai terhadapnya dan keluarga.

"Saya mahu Anwar memberi kenyataan benar dan jangan berdiam diri seperti seorang 'pondan'.

"Saya kini hidup dalam keadaan tertekan kerana dikaitkan dengan isu itu kerana sering dipandang serong masyarakat selepas gambar dan nama saya disiarkan akhbar tempatan baru-baru ini,"

Kata Zaliah ketika ditemui Mingguan Malaysia di sebuah hotel di Persiaran Gurney di sini. – Mingguan Malaysia

HHalem:
Kalau sudah kaya raya dan besar dan tertekan dek Anwar, pergi jumpa pakar sakit jiwa. Buktikan Anwar telah menekan dan tertekan. 

Kemudian saman la Anwar Rm100 juta lagi.

Tak kan nak saman Utusan kot, sebab ada appointment dengan Utusan di Gurney Drive lagi.

Zaliah ni akuan beliau sendiri adalah toke kuda.

Adakah Zaliah toke operate stadium perlawanan lumba kuda ?

Adakah apa-apa lesen operasi diperlukan dari Kementerian Kewangan (zaman Anwar dulu)?

No comments:

Post a Comment