Multiple Pages

14/07/2012

HIMPUNAN OREN. (Video).


Oleh: HHalem.


Video di atas, mengatakan sana boleh, sini boleh.

1-Bermula 2 petang berhimpun selepas Dzhor di Masjid Wilayah Persekutuan.
(Masjid tidak diambil kira sebagai tempat berkumpul, bukan check point 1. Penganjur mengambil peluang kelemahan undang-undang di sini. Wahal Hebahan Media Polis terang-terang menyatakan ia tidak boleh berkumpul di Masjid).

2-Berarak menuju ke check point pertama di parking kereta Mahkamah Jalan Duta.

3-Berarak melalui Susur Jalan Duta.
(Polis tidak izinkan menggunakan Jalan Duta, penganjur pula menyebut akan menggunakan laluan tepi/susur Jalan Duta)

4-Berhenti 600 meter dari pintu ketiga Istana Negara.


Hebahan media polis pula menyatakan, sana tak boleh, sini tak boleh.
Kita lihat lah apa yang akan terjadi nanti.



..................

Pada 4hb Julai 2012, pihak Polis telah menerima satu surat pemakluman untuk mengadakan satu perhimpunan yang dinamakan Himpunan Oren Selamatkan Felda di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 14hb Julai 2012 (Sabtu) jam 2.00 petang. Perhimpunan ini dianjurkan oleh Gerakan Selamatkan Felda (GSF).

Dalam surat pemakluman itu juga dimaklumkan bahawa peserta perhimpunan akan berarak beramai-ramai menuju ke Istana Negara melalui Jalan Duta untuk menyerahkan memorandum kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Dua pertemuan telah diadakan antara pihak Polis dan Penganjur iaitu pada 6hb Julai 2012 dan 9hb Julai 2012.

Berikutan itu, penganjur telah dimaklumkan bahawa Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur yang merupakan satu tempat ibadah, tidak boleh digunakan untuk tujuan ini kerana tergolong di dalam senarai TEMPAT LARANGAN di bawah Jadual Pertama (Seksyen 3) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Penganjur juga telah dimaklumkan bahawa penggunaan Jalan Duta untuk perarakan ke Istana Negara adalah tidak sesuai dan tidak dibenarkan atas sebab keselamatan. Keadaan lalulintas di jalan ini dilihat boleh mendatangkan risiko yang tinggi terhadap keselamatan peserta dan pengguna jalan raya yang lain.

Penganjur juga telah dimaklumkan bahawa Istana Negara telah diwartakan sebagai KAWASAN LARANGAN dan TEMPAT LARANGAN di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 dan mereka perlu mematuhi peraturan-peraturan yang dikenakan oleh pihak Istana Negara berkaitan perkara ini.


t.t
( ZAKARIA BIN PAGAN ) ACP
Ketua Polis Daerah Sentul
KUALA LUMPUR.

( Dikeluarkan pada 11 Julai 2012 )

Dari Fbook Polis KL.
........................
HHalem:
Pada sejarah-sejarah yang lepas, perarakan jika melibatkan PAS-PKR-DAP mana pernah aman. Kita lihat yang ini pula.

Berapa ramaikah pakcik-makcik Felda yang akan hadir berarak. Selainnya siapa yang akan turut serta.

Abang besar DAP pakai remote control dan lihat dari jauh, biarkan Melayu sama Melayu buat kerja runtuhkan institusi yang ada, supaya mudah DAP mengambil alih nanti.

No comments:

Post a Comment