Multiple Pages

13/07/2012

Hishammuddin – “Pengamuk Nak Berdepan Dgn Najib . Imam Mahadi Kebal Tak Mati Dan Boleh Hentikan Waktu”


Oleh: HHalem.
Adakah wajar Hisham kaitkan nama Najib, buat ketika ini?
Hendak justifikasi kenapa Khalil Samurai ditembak, perlukah kaitkan nama Najib?
  
Menteri Dalam Negeri DS Hishamuddin cuba mengaitkan dengan mengesahkan melalui twitter beliau bahawa tujuan utama pengamuk ialah hendak “berdepan” dengan DS Najib.

Pengamuk yang ditembak mati Khalil Afandi Abdul Hamid dan pasangan beliau Muhdalina Ahmad, menceroboh dan mengamuk di pekarangan Kompleks B Jabatan Perdana Menteri (JPM) Isnin lalu dengan bersenjatakan dua bilah pedang samurai adalah bertujuan untuk ‘berdepan’ dengan Perdana Menteri. Twitter berikut diambil dari AgendaDaily.

Hishammuddin Hussein‏@HishammuddinH2O:
“Khalil Afandi - sah tujuan berdepan dgn @NajibRazak dan mengakui dirinya Imam Mahadi, kebal tak akan mati dan boleh menghentikan waktu”

Hishammuddin Hussein‏@HishammuddinH2O:
“Ajaran sesat - Khalil Afandi : sah tak melibatkan rangkaian besar atau ada kaitan kumpulan2 extrimis/penganas. Syukur alhamdullilah.”


Persoalan yang pertama timbul ialah adakah Hishammuddin perlu mengeluarkan kenyataan awal supaya nama DS Najib dikaitkan didalam tujuan mengamuk diatas, yang mana ia boleh menimbulkan banyak lagi spekulasi.

Apa kah maksud Hishammuddin didalam twitter beliau dengan perkataan “berdepan”.?

Adakah ia bermaksud “membunuh” kerana twitter tersebut ada juga menyebut “kebal tak akan mati”.

Sekarang timbul lagi pelbagai tanda tanya dan persoalan bahawa DS Najib sangat dibenci sehingga ada orang sanggup mengamuk dan berdepan dengan beliau. (aka mencederakan).

Adakah semua ini perlu, sehinggakan boleh dimuatkan didalam rekod The Malaysia Guiness Book Of Records Guiness dan timeline sejarah, iaitu Perdana Menteri pertama Malaysia yang akan di-samurai-kan’?

Tidak boleh kah nama Najib tidak dikaitkan oleh Hishammuddin dengan terburu-buru sehingga selesai laporan lengkap penyiasatan?

Hishammuddin tidak perlu terburu-buru apabila hendak melibatkan nama DS Najib atau hendak meng-justifikasi-kan kenapa pengamuk tersebut perlu di tembak mati !

Ini adalah satu lagi kesilapan besar Hishammuddin yang terburu-buru.

No comments:

Post a Comment