Multiple Pages

10/07/2012

Kenyataan Rasmi Polis KL. “Imam Mahadi” Rupanya Yang Pakai Pedang Samurai. (VIDEO Update).


Oleh: HHalem.

 Berita sebelum ini >
Update Video

....Kenyataan rasmi PDRM KL...

Pada 9/07/2012 jam l/kurang 1430 hrs bertempat di JPM KOMPLEKS B PUTRAJAYA, saspek seorang lelaki dan seorang perempuan telah mengamuk di luar perkarangan JPM dengan melibaskan pedang samurai.


Mereka berdua menuju ke pos pengawal dan telah dihalang oleh polis bantuan.

Saspek lelaki telah meletakkan pedang samurai di leher SM polis bantuan di mana polis bantuan tersebut terpaksa membenarkan mereka masuk.

Bila berada di dalam perkarangan kompleks B, kedua-dua saspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kerta HYUNDAI ACCENT Dan PERODUA KANCIL milik kakitangan JPM.

Anggota cawangan pencegahan jenayah sampai di tempat kejadian setelah terima maklumat dari pusat kawalan daerah polis Putrajaya.

Apabila sampai di sana nampak kedua-dua suspek dengan pedang samurai.

Anggota cawangan pencegahan jenayah telah kenalkan diri sebagai polis dan terus diserang oleh kedua-dua saspek dengan pedang samurai.

Kereta pasukan mengalami kerosakan di mana cermin hadapan kereta pecah.

Anggota MPV sampai dan cuba membantu untuk tahan saspek.

Anggota MPV juga diserang dengan jarak yang dekat oleh saspek menggunakan pedang samurai dan seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan.

Kedua-dua saspek telah dibawa ke hospital Putrajaya.

Didapati saspek lelaki telah terkena tembakan di tangan kanan dan bahagian ari-ari manakala saspek perempuan terkena tembakan pada paha kanan.

Saspek lelaki telah meninggal di hospital.

Siasatan awal mendapati saspek telah menggelarkan dirinya sebagai ‘IMAM MAHADI manakala saspek perempuan masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

-Facebook PDRM KL.

HHalem: 
Kita tunggu apa kata dan kelentong 'teman Imam Mahadi' apabila sembuh nanti.

6 comments:

  1. Bangang punya ninja...ada ke dia gelar diri dia imam mahadi..imam mahadi tak buka aurat macam kau..lubang pusat pun dah besar lubang jubur kau..ada hati nak gelarkan diri imam mahadi..yang betina tu pula nak digelarkan apa...nak cakap tak berani tapi korang nilaikanlah sendiri..agak-agak masuk syurga ke atau neraka jahanam sijahanam ni..eh nik ajis taknak cakap ninja boroi ni masuk syurga ker..hadi awang taknak ulas apa-apa ker

    ReplyDelete
  2. Bini sapalah tu?? Kalau laki dia beri kebenaran mengamuk bersama jantan lain, kita nak tahu sapa laki dia dan kenapa? Kalau laki dia tak tahu, makna bini dia ni derhaka ikut jantan lain mengamuk, memalukan keluarga dan apa hubungan dia dgn si mati. Katanya pompuan tu pernah belajar di UIA, maknanya ada otak boleh fikir.

    ReplyDelete
  3. jangan main tuduh2 beb gua bukan dari mana2 parti tapi cara lu org komen langsi sgt mcm salahkan pembangkan. kes2 mcm buat org2 mcm aku meluat dengan org UMNO.

    ReplyDelete
  4. Eleh, buat2 meluat konon.. Yg blogger2 caicai pakatan tulis ninja bodoh ni kerja wayang BN tu takpe pulak?... Gi mampus la dgn lu punya pakatan..

    ReplyDelete
  5. ntah2 agen provokasi.....x sangka kena tembak plak.....

    ReplyDelete
  6. ...
    ..
    .
    Hebat jalan cerita Pakatan Haram. Modus Operandi yang bijak.
    1. Sesatkan - brain wash - seorang mangkok yang sememangnya sudah senget akal fikiran.
    Baca blog dia - sememangnya sesat.
    2. Suruh dia mengamuk bodoh di Jabatan Perdana Menteri.
    3. Polis tembak mati atau cedera parah.
    4. Jadikan isu untuk PRU 13.
    5. Tanamkan rasa meluat rakyat pada pihak polis.

    Mereka ini di perguna. Kesian.
    Alfatihah.


    ...
    ..
    .

    ReplyDelete