Oleh: HHalem.
Akibat hendak gulingkan kerajaan secara kekerasan. Pengaruh siapa?
Berniat untuk menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali, seorang lelaki ditembak polis dan cedera ditangan, akhirnya meninggal, manakala pasangan perempuan beliau cedera di paha kiri kanan.
Pada 2.30 petang, seorang lelaki membawa pedang samurai dan seorang perempuan berhijab hitam telah masuk ke pondok keselamatan dan membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri Putrajaya.
Mereka berdua bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.
Anggota polis yang cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal dan terpaksa melepaskan tembakan.
Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketika dihubungi sebentar tadi oleh SinarHarian> mengesahkan seorang daripada suspek yang ditembak ketika membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri petang tadi meninggal dunia.
Masih terlalu awal untuk membuat rumusan samada kedua-dua mereka menerima pengaruh Hollywood, atau Bollywood atau mungkin pengaruh dalaman terkini dari Himpunan BERSIH dan Anwar yang mahu gulingkan kerajaan secara kekerasan dan tidak melalui kertas undi.
Salam, Pertama Polis perlu dilengkapi senjata penembak jaring, supaya tiada pertumbahan darah berlaku. kedua perkara sudah berlaku darah itu perlu dibersihkan sebersih-bersihnya.
ReplyDeletetembak elektrik ker...reman jer....masukkan dalam penjara....elakkan sebarang pertumpahan darah....
ReplyDeleteSamurai tu kalau mati bedarah baru di puji geng dia. Kalau kena penjara samurai taik ayam le.
ReplyDeleteCuba dtg elok2...tak mati pun...
ReplyDeletekereta yang di pecahkan, adalah kereta WAJA dan kancil atau Hyundai accsent dgn kancil? mcm x konsisten je laporan ni....
ReplyDeleteini di ambil dari artikel di atas... :-
ReplyDeleteMereka berdua bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.
ni 1 lg artikel dlm blog ni jugak :-( kenyataan rasmi dari polis...)
Bila berada di dalam perkarangan kompleks B, kedua-dua saspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kerta HYUNDAI ACCENT Dan PERODUA KANCIL milik kakitangan JPM.
**persoalan nye, kenapa x sama kenyataan yang diberikan?
Tahniah PDRM. Kalau dibiarkan tentu ramai orang yang tak berdosa mati/cedera dilibas pedang samurai tu.
ReplyDeletebersih bukan nak gulingkan kerajaan la abang pandai..
ReplyDeletebesih cuma nak pilihanraya yang adil lagi bersih...
kalau abang pandai kata BERSIH tu nak gilingkan kerajaan, padahal maksuh BERSIH ialah nak pilihanraya yang adil, sama juga la abang pandai kata 'dengan pilihanraya yang adil maka kerajaan sekarang akan tumbang'..
benda simple je ni abang pandai..