Multiple Pages

16/07/2012

Latheefa Koya Letak Jawatan Sebelum Di Pecat Oleh MB Khalid. (Video).


Oleh: HHalem.
Mampu kah Latheefa bersenyum selepas ini.

Peguam PKR, Latheefa Koya telah meletak jawatan sebagai Ahli Majlis dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada saat sebelum beliau dipecat. Daripada menerima malu kerana dipecat dan supaya rekod menjadi bersih, Latheefa bertindak meletak jawatan terlebih dahulu.

Banyak sebab-sebab kenapa Latheefa Koyak dipecat. Dan peristiwa ini menyerlahkan lagi sikap buruk dan cakap-tidak-serupa bikin PKR.

1- PKR dan Khalid Ibrahim tidak boleh dikritik seperti yang mereka laung-laungkan sebelum ini.

Azman Yusof, Ahli Majlis MBPJ mewakili PKR menerangkan, MB Khalid meminta Latheefa menghantar Surat Tunjuk Sebab menjelaskan mengapa beliau mengkritik pentadbiran Adun Ijok.

“Mengikut apa yang saya dengar, sah Latheefa sudah meletakkan jawatan”

“Dipercayai kerana arahan MB agar Latheefa menghantar surat tunjuk sebab tentang tindakannya mengkritik Tan Sri ”


2- Latheefa mengkritik masalah rakyat miskin Selangor

Sehubungan dengan itu, Latheefa sendiri telah mengesahkan beliau telah meletak jawatan serta merta sebelum dipecat. Sebab-sebab beliau akan dipecat ialah kerana beliau menghantar email kepada pimpinan tertinggi PKR dan beliau mempersoalkan MB Selangor berkenaan perumahan rakyat miskin dan bukan berkaitan dengan hal MBPJ.
Kata Latheefa;

“Sah saya sudah letak jawatan”

“Selebihnya saya tak mahu komen ”
PKR tidak seperti yang di idam-idamkan.

3- Latheefa sahkan beliau letak jawatan sebelum di pecat.

Latheefa menulis dalam surat perletakan jawatan beliau yang dihantar kepada  The Malaysian Insider.

“Akibat daripada email tersebut saya difahamkan MB dan Exco negeri telah bersetuju untuk memecat saya sebagai ahli majlis MBPJ.

“Perkara ini telah menjadi pengetahuan umum dan jawatan saya sebagai ahli majlis MBPJ tidak dapat dipertahankan lagi”

“Oleh itu saya meletakkan jawatan sebagai ahli majlis MBPJ dengan serta merta ”

4- Khalid berlagak seperti CEO syarikat Sdn Bhd yang tidak boleh dikritik.

Sumber dalaman PKR memberitahu MInsider bahawa sebelum ini Khalid Ibrahim telah mengarahkan setiusaha kerajaan negeri Datuk Khusrin Munawi untuk menyediakan surat pemecatan Latheefa. Isu pemecatan Latheefa telah dibincangkan dalam mesyuarat mingguan Exco Selangor minggu lalu.

“MB langsung tidak boleh dikritik dan tindakan memecat Latheefa membuktikan beliau bertindak seperti seorang CEO syarikat Sdn Bhd berbanding sebagai seorang ahli politik ”  

5- Ahli-ahli Majlis PKR berebut-rebut projek dan Latheefa di tendang.

Latheefa Koya juga merupakan ‘ketua whip’ bagi ahli majlis PKR di MBPJ. ‘Ketua whip’ akan membuat keputusan siapa yang bakal berada dalam jawatankuasa tender segala projek-projek di daerah PJ.

 “Ramai berebut untuk jadi ketua Whip supaya dapat duduk dalam tender board (jawatankuasa tender)”

“Bila dapat jadi tender board kayalah mereka”

“Inilah perangai orang PKR hari ni langsung tak sayang parti jaga perut masing-masing je ”

Sudah tentu DAP berperanan besar mengatur perancangan kerana bekas ahli parti Gerakan, CC Lee disebut-sebut bakal dilantik sebagai ‘ketua whip’.

Selain itu Latheefa juga merupakan ahli kepada “One Stop Centre (OSC)” yang meluluskan sebarang projek di MBPJ.
Entah-entah tidak dicalonkan untuk bertanding PRU13.

6- Kuasa penentu pemerintahan terletak didalam tangan bukan bumi.

Rumusannya ialah pemimpin tertinggi PKR tidak boleh dikritik seperti yang mereka laungkan dan perjuangkan.

Juga, disebabkan kejar mengejar projek, maka jatuh menjatuh adalah mainan didalam parti PKR.

Dan sudah tentu tangan-tangan yang membuat keputusan didalam mesyuarat Exco terdiri dari ahli-ahli DAP dan non-Muslim PKR yang menjadi kuasa penentu. MB Khalid hanya mengesahkannya didalam bentuk surat.

Ini lah contoh yang dikatakan kuasa penentu didalam pemerintahan negara adalah terletak ditangan DAP Komunis yang akan menentukan segala-galanya.

........................
Latheefa letak jawatan sebelum dipecat.

........................
MB Khalid pura-pura tak tahu.


Sumber dari MInsider dan video AntaraPOS.

3 comments:

  1. elokla tu .. perangai sendiripun tak senonoh, tak pandai menilai perjuangan yang benar, tipah! tipah! INILAH BALASAN KEPADAMU YANG MEMBULI CIKGU SEKOLAH DI PADANG TAK LAMA DULU, SEMUA ORG TAK SUKA KAMU...ELOK LAH LETAK SEMUA JAWATAN DALAM PARTI.. KAMU NI SUKA MENYESATKAN ORG LAIN ...

    ReplyDelete
  2. Kan lebih elok namanya disebut, latheefa Koyak, kerana dia cukup syok mengoyak cerita.

    ReplyDelete
  3. Selamat berpuasa TIPAH Koyak. Balasan setimpal dengan mulut Tanpa insurance terhadap Peniaga di Jalan TAR, Demo tak tentu arah gaduh dengan Rakyat , mulut busuk dgn Cikgu di Padang ...

    Semuga Ramadan ini membawa berkat Dan keinsafan serta Muhasabah diri kepada diri Mu TIPAH ooi...kerana terlalu sangat Taksub Babi Giler pada Al-Jubs.

    Perjuangan bodoh anda telah TAMAT secara hina!

    ReplyDelete