Multiple Pages

18/07/2012

MB Azizan Perlu Paktua Pok Nick Segera. Beliau Tersepit Bab Saham Felda.


Oleh: HHalem.

Menteri Besar Kedah kini terletak diantara dua persimpangan. Pertimbangan diantara:-
a- kepentingan politik demi temolok pemimpin PAS Pusat, dan
b- kepentingan ekonomi dan membantu orang Melayu/bumiputra.


Setelah menerima kritik hebat disebabkan tindakan PKNK yang membeli 500,000 unit saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) sebagai tidak menghormati PAS dan Pakatan Rakyat yang membantah penyenaraian itu, kini beliau keliru kerana terpaksa membuat arahan supaya menjual semula saham tersebut.

Nampaknya MB Azizan dan kesemua pemimpin PAS memilih kepentingan politik dari kepentingan ekonomi orang-orang Melayu. Kini dengan jelas dan terbukti sekali lagi dimana kedudukan sebenarnya pemimpin PAS yang dikatakan sangat perihatin tentang taraf hidup ekonomi Melayu. Taraf pemikiran PAS hanyalah bercucuk tanam kecil-kecilan di kampong-kampong.

Yang membuat MB Azizan terkedu ialah apabila CEO PKNK, Datuk Abdul Rahman Ibrahim telah mengesahkan sendiri pembelian tersebut dan ia berdasarkan prosedur dan tidak ada kaitan dengan politik. Satu tindakan yang bijak oleh CEO PKNK.

Tetapi yang anih dan pelik sehingga ketahap pembohongan oleh pentadbiran Azizan ialah dimana MB Azizan sebagai Pengerusi PKNK diberitakan tidak mengetahui langsung tentang pembelian itu. Samada Azizan tersepit dan berbohong besar atau petanda Azizan dan PAS tersangat lemah didalam pentadbiran.

"Jika ada mana-mana pihak yang anggap begitu (tidak sensitif) sebenarnya tidak betul. Walaupun MB Pengerusi PKNK, namun dalam isu pembelian saham FGVH, beliau tidak dimaklum langsung. Keputusan itu dibuat oleh pengurusan PKNK sendiri. MB hanya dimaklumkan selepas pembelian dibuat dan beliau terus mengarahkan supaya saham-saham itu dijual kerana menyedari ia boleh menimbulkan salah faham terhadap Kerajaan PR Kedah,"
– kata Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor.

Unit-unit saham tersebut adalah peruntukan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang ditawarkan kepada Bumiputera dan diberi kepada PKNK. Betapa baik dan murah hatinya kerajaan Umno-BN demi meningkatkan ekonomi orang Melayu.

Di manakah Pok Nick dan Hadi Awang? Di mana kah paktua-paktua pujangga mereka? Di manakah mereka bersembunyi? Atau belum lagi mendapat ilham?

Apa macam Pok Nick, paktua dibawah ini boleh dipakai atau tidak.

“Kerajaan Pusat bagi duit, kita sapu laa, jangan kira" 
"Duit haram halal dari pusat belakang kiri”

“Dapat duit untung PKNK, kita buat jalan & pembangunan" 
"Duit lesen anjing, lesen arak, untung saham kita buat jalan”

“Umno bagi duit, kita sapu, janji undi PAS”

3 comments:

  1. MB Kedah sedang berlakon sekarang, apa kah tidaknya, saham sudah ada, jualpun depa untung, janji masyuk, x buat kecoh nanti orang kata Pas x tau malu, kutok tapi sapu.

    ReplyDelete
  2. Saham MITI bagi, lepas itu untung besar harga melambung,terbeliak biji mata dok tengok. Tunggu apa lagi jual la..

    ReplyDelete
  3. duit untung jual saham felda kena serah kpd peneroka felda kalau betul2 pakatan ada prinsip.

    ReplyDelete