Multiple Pages

27/07/2012

Mat Sabu Cuba Di Pancung Di Pendang Kedah.


Oleh: HHalem.
Cubaan Memancung Gagal. Mat Sabu tersenyum lebar.

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Kawasan Pendang telah memutuskan dan menawarkan Kerusi Parlimen Pendang kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu untuk ditandingi sebagai calon.

Walaubagaimana pun, ia mendapat tentang hebat dan sengit oleh sebahagian Ahli Jawatankuasa melalui satu surat yang diberi kerana mereka tidak mahu Mat Sabu bertanding di Parlimen Pendang. Mereka mahu mengekalkan Dr Hayati Othman bertanding di Parlimen Pendang dan Mohamad Taulan Rasul bertanding di Dun Tokai seperti sekarang untuk pertimbangan Pusat.


Sebaliknya keputusan muktamat telah dibuat dan Dr Hayati Othman ditendang untuk bertanding di DUN Tokai. Jika menang Dr Hayati diura-urakan akan menjadi Menteri Besar Kedah baru mengantikan Azizan Razak. Ini bermakna MB Kedah yang baru dapat dikawal Pas Pusat melalui Mat Sabu dan pemahaman diantara Kedah dan Pusat akan seia sekata; tidak seperti Azizan sekarang yang dianggap kaki lawan dan susah dikawal oleh Pas Pusat.

Ini lah penyebab pertama dan utama kenapa orang-orang Azizan menentang hebat kemasukan Mat Sabu yang dianggap sebagai pengacau di kawasan mereka.

Orang Azizan bimbang kerana Mat Sabu merupakan pemimpin PAS Pusat yang sebelum ini berkali-kali mahu Azizan berundur sebagai Menteri Besar Kedah. Dengan kemasukan Mat Sabu di Kedah menguatkan lagi angin bahawa Azizan akan ditendang, jika tidak selepas menang PRU13 nanti, akan berlaku pergolakan yang tidak sudah-sudah dan berpanjangan diantara Mat Sabu dan Azizan Razak.


Faktor kedua kenapa Mat Sabu ditolak di Pendang ialah kerana beliau dikaitkan dengan fahaman Syiah dan seorang tokoh agamawan Syiah difahamkan menetap di Pekan Pendang. Mereka tidak mahu pengaruh Mat Sabu berkembang pesat di Pendang dan Syiah mula menular seperti mana berlaku di Perlis.

Bagi Datuk Mohamad Taulan Rasul pula, yang juga di Pertua PAS Kawasan Pendang, merangkap Adun Tokai sekarang, beliau diberitakan tidak akan bertanding langsung.

Walaubagaimana pun, setakat ini cubaan memancung Mat Sabu daripada bertanding di Parlimen Pendang dilihat menemui jalan buntu.

Sumber utama Mkini

No comments:

Post a Comment