Multiple Pages

26/07/2012

SUK Selangor. Masalah Air Ujud. Khalid Pula Ajak Muhyiddin Berperang.


Oleh: HHalem.
Muhyiddin cuba menyelamatkan keadaan, daripada  “Tiada Air” kepada  berlaku “Krisis Air”.
Khalid Ibrahim pula bersiap sedia untuk ajak berperang.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi memaklumkan, hasil pantauan Jawatankuasa Pemantauan Air mendapati masalah kekurangan air memang berlaku di kawasan Cheras dan tidak berlaku di tempat-tempat lain di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Maklum Mohd Khusrin pada sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.

“Cuma kami dapati hanya beberapa tempat di Cheras yang menerima bekalan air dari Loji Sungai Langat mengalami masalah kekurangan bekalan air,”

“Makluman daripada empat mesyuarat yang dijalankan bersama Syabas dan semua pihak terlibat, daripada maklumat, jumlah dan data yang diperoleh daripada Syabas dan semakan di loji-loji berkenaan, kita dapati masalah yang dikatakan sebenarnya tidak berlaku sebagaimana yang didakwa.” – SinarHarian>

Samaada SUK Selangor, yang dibawah telunjuk MB Khalid, juga dibawah telunjuk Pakatan Rakyat, hendak menyembunyikan sesuatu atau cuba meredakan keadaan yang semakin nampak meruncing.


Pakatan Rakyat cuba membeli masa sehingga Projek Langat 2 dibina dan beroperasi dan seterusnya rakyat akan lupa masalah “Tiada Air” di Selangor beberapa tahun kemudian. Seolah-olah tiada apa yang berlaku dan kerajaan Selangor dibawah Pakatan tampak baik dan mahir mengurus.

Tahukah mereka daripada masalah “Tiada Air”, jika tidak dikawal dan langkah-langkah pencegahan tidak di segerakan, maka ia akan menjerumus kepada masalah “Krisis Air”.

Menyedari hakikat ini, TS Muhyiddin Yassin mengumumkan akan menyegerakan pembinaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2>, bulan hadapan walaupun tanpa persetujuan kerajaan Selangor. Bermakna di sini ia akan melibatkan Fast Track Turnkey Design and Built Contract. Ini yang DAP Selangor hendak sebenarnya. Mahukan projek untuk kroni DAP-PKR.

Dan yang anihnya, diwaktu yang sama, disebabkan bebal kerana politik telunjuk DAP, Khalid Ibrahim sebagai MB telah bersiap sedia untuk bertindak balas seolah-olah mahu berperang dengan Muhyiddin dan mencadangkan akan mengadakan konsensus rakyat, jika pengambilalihan penuh Syabas dan pemecatan Pengerusi/CEO Syabas melalui perundangan gagal.

Maka di lihat di sini Kerajaan Selangor cukup buta di bawah Pakatan Rakyat yang akibatnya nanti mereka akan tumbang kembali kepada Umno-BN selepas PRU13.

Selangor akan tumbang tengelam kerana masalah kecil “Tiada Air”, sebelum sempat “Krisis Air” melanda Selangor.

Lihat contoh masalah “Tiada Air” di Shah Alam, di sini>



No comments:

Post a Comment