Multiple Pages

01/07/2012

Mukriz Bertindak Kurang Bijak Kerana Turut Menegur Marina.


Oleh: HHalem.
Dalam hal ini Mukriz tidak bijak dan tidak ada pertimbangan kerana turut mengkritik Marina. Belum layak menjadi MB Kedah.

Ini yang kita tidak mahu dengar dari Mukriz, iaitu memberi reaksi dan menokok tambah komen tentang apa yang telah Tun Mahathir komen terhadap Marina, kakak Mukriz, sebelum ini, di sini>.

Komen Mukriz terhadap kakak beliau, samada betul atau tidak, akan mengeruhkan lagi keadaan jika Marina bertindak balas. Ini akan berpanjangan dan membawa malu. Pihak musuh Pas-Pkr-Dap dan musuh-musuh dalaman Mukriz sedang menunggu masa untuk mengapi-apikan keadaan.

Langkah yang diambil oleh Mukriz adalah satu langkah yang paling tidak bijak sekali, walaupun apa yang diperkatakan oleh Tun terhadap Marina mempunyai kebenaran. Kenapa Mukriz tidak boleh berdiam diri sahaja !
 Antara lain, kata Tun terhadap Marina.
“Mungkin sebab dia (Marina) tidak ada matlamat"
“Saya harap beliau akan sedar apa yang dilakukannya untuk kebaikan diri, tidak elok untuk kerajaan pemerintah. Beliau juga perlu bersifat sensitif terhadap abangnya yang akan bertanding pilihan raya nanti ”
    
Berita dibawah dimana Mukriz turut mengkritik Marina.
Di harap Marina lebih bijak dari Mukriz didalam hal ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak menolak kemungkinan penglibatan kakaknya, Datin Paduka Marina dalam Bersih 2.0 memberi kesan terhadap kepentingan politik beliau.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, mengakui teguran bapanya ada kebenaran kerana hubungan persahabatan Marina dengan Datuk Ambiga menimbulkan kebimbangan dan tidak puas hati penyokong kerajaan.

“Seperti mana bapa (Tun) sebut hubungannya dengan gerakan Bersih sedikit sebanyak beri kesan kepada saya sebagai ahli keluarga yang terlibat politik,”  - Mukriz di petik SinarHarian.

4 comments:

  1. Dia ada hak utk bersuara. kenapa bila anak beranak anwar, lim kit siang, etc menyalak, xde sapa pun nk menegur.. sudah2 la mengalah.

    ReplyDelete
  2. Mukhriz...THE BUG EYED BALD nHEADED SPOILT BRAT Mahu Jadi MB!!!

    Sudah Lah tu.. Kalau dah tak ada talent pegi belanja duit Bapak Sudah!!!

    ReplyDelete
  3. Tumpang semangkuk dengan bapak menegur kakak yang lebih tua tidak elok. Biar bapa saja yang tackle benda macam tu.Lain kali harus berhati2 dan belajarlah selok belok resam Melayu.Kayu penyokong sukar di cari tetapi pagar makan tuan ada keliling pinggang.Biar sederhana jangan terlalu menonjolkan diri dan perkatan maunya rengkas, tidak pedas tapi menusuk ketulang hitam.

    ReplyDelete
  4. Marina patut ditegur olih keluarganya, jadi, tidak nampak dimana yang dikatakan Mukhriz tidak bijak bila menegur kakaknya yang ternyata sedang menongkah arus cuba menentang kerajaan yang selama ini memberikan kesenangan pada dirinya sendiri sebagai anak PM & bekas PM.

    ReplyDelete