Multiple Pages

30/06/2012

Bantuan PUSAT RM27.60 Juta Lagi Kepada Air Kelantan. Jumlah Sekarang RM714.05 Juta.


Oleh: HHalem.

Kerajaan Persekutuan menyalurkan lagi RM27.60 juta kepada Kerajaan Kelantan sebagai tambahan kepada RM600 juta sebelum ini untuk membiayai “Projek Naiktaraf Loji Rawatan Air Pintu Geng, Kota Bharu”. Peruntukan Kerajaan Pusat sekarang telah berjumlah RM714.05 juta.

Hasilnya nanti ialah menjelang pilihanraya PRU13, pemimpin PAS yang kurang bersyukur akan menjadi ia sebagai modal berkempen sana sini bahawa:-

a- PAS telah berjaya menundukkan Kerajaan Persekutuan dan/atau
b- PAS telah berjaya mendapatkan wang sendiri walaupun tanpa bantuan Kerajaan Pusat yang dituduh zalim.

Umum sudah ketahui, apa yang kerajaan lakukan semuanya tidak kena dan salah dimata orang-orang PAS.


Di petik dari DetikPerubahan...

Kerajaan Persekutuan bersetuju meluluskan peruntukan pinjaman tambahan RM27.6 juta untuk baikpulih bekalan air di negeri ini pada 30 Mei lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, peruntukan tambahan tersebut menjadikan keseluruhan RM714.05 juta telah disalurkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk membiayai kos bekalan air.

“Peruntukan ini diberikan atas permintaan Kerajaan Negeri Kelantan dan memandangkan kita (Kerajaan Persekutuan) juga bimbangkan rakyat terjejas, maka peruntukan ini ditambah untuk membolehkan bekalan air kepada rakyat disalurkan”

“Ia bukan kepentingan politik walaupun mungkin pilihan raya semakin hampir, tetapi ia adalah untuk kepentingan awam (rakyat),” – Awang Adek pada majlis ramah mesra bersama penduduk di Kampung Hujung Repek hari ini.

Beliau berkata, peruntukan tambahan itu adalah bagi membiayai “Projek Naiktaraf Loji Rawatan Air Pintu Geng, Kota Bharu”

Katanya, melalui inisiatif tersebut beliau berharap perkhidmatan bekalan air negeri ini dapat ditingkatkan untuk kepentingan rakyat, selain memenuhi keperluan sektir perindustrian, perdagangan dan domestik.

6 comments:

  1. Bhai,

    Sikap dan perangai Awang Adek camnilah yang buat dikalah dulu dan akan kalah lagi dalam PRU 13 ni.

    Buat apa nak ungkit pemberian yang sudah menjadi tanggungjawab. Tak cukupkah lagi dengan hasil minyak di perairan kelantan yang dirampas selama ini sehingga membangkitkan pemberian RM 27 juta ini.

    Politik macam nilah yang membuat UMNO Baru sampai hari ni jadi pembangkang. Bagi balik duit royalti tu, habis cerita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelantan ada la minyak masak....itu pun kelapa tanam di darat bukan di laut.

      Delete
  2. dah namanya federalisme, memang tanggungjawab pusat tolong negeri...

    ReplyDelete
  3. Memang it duit Kelantan. Tak payah nak bayar balik. Lanun nak jadi solihin pulak. Hidup Pas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duit Kelantan kamu kata, beli budu pun tak cukup....

      Delete
  4. itu ler dia orang PAS yg tak reti bersyukur!!! Siapa cakap itu duit org PAS Kelante??? Itu duit kerana kebijaksanaan kerajaan Pusat mentadbir negara dan meguruskan kewangan,..tak macam Pok Nik atau Husam Masam,..tak ada pengetahuan langsung tentang nak cari duit untuk pembangunan negeri...yang dia tahu MINTAK SEDEKAH!!!

    ReplyDelete