Multiple Pages

20/07/2012

Papagomo Akan Beri Tamparan Maut Pada Nurul Izzah.


Oleh: HHalem.

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pihaknya tidak mahu layan laporan terbaru blog Papagomo kelmarin sementara pemblog itu memberi amaran kepada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar agar menanti "tamparan maut" dalam waktu terdekat.

Sankara Nair berkata,

"Kami tidak mahu mengulas laporan-laporan Papagomo yang tidak boleh dipercayai. Kami tahu laporan itu tidak benar, ini yang boleh kami katakan buat masa sekarang," – di petik Sinar Harian>

Kenyataan itu diperoleh ekoran laporan blog Papagomo bahawa seorang mahasiswa di utara Semenanjung membuat laporan polis terhadap Anwar kelmarin.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai ketika ditemui wartawan di Pulau Pinang berkata, beliau hairan mengapa pemblog-pemblog seperti Papagomo yang memfitnah pemimpin-pemimpin PR tidak dikenakan sebarang tindakan.

Mengulas kenyataan itu, menerusi entri terbarunya, Papagomo berkata,

"Sungguh lantang suara Izzah dalam gelagatnya cuba menghilangkan kebimbangan hati beliau tentang perangai bapanya Anwar Ibrahim."

"Wahai Nurul Izzah janganlah bersikap hipokrit dalam memperjuangan keadilan dalam arena politik Malaysia”

"Jika anda menuntut tindakan diambil ke atas Papagomo mengapa anda tidak pula mendesak bapa anda Dato Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan saman ke atas Datuk Eskay, Papagomo dan rangkaian blogger yang lain?"

PapaGomo juga menyoal mengapa hanya mendesak satu pihak dan kemudiannya menyalahkan pihak kerajaan terutamanya Umno apabila sesuatu isu timbul berkaitan Anwar.

"Gomo malas nak ulas panjang berkenaan pekara ini, namun amaran buat Nurul Izzah kerana dalam minggu ini Gomo akan berikan satu tamparan maut untuk Nurul Izzah agar bersedia dengan tanggungjawab sebagai seorang anak yang menasihati bapanya," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment