Multiple Pages

28/07/2012

Rasmi Lajim Letak Jawatan Dalam UMNO. Beliau Akan Sertai Parti Chap Ayam Togel.


Oleh: HHalem.
Adakah ini kes tip-of-the-iceberg bagi BN Sabah?

DS Lajim Ukin hari ini mengumumkan peletakan jawatan berkuatkuasa serta-merta dari jawatan;
1-Anggota Majlis Tertinggi Umno,
2-Ketua Umno Bahagian Beaufort dan
3-Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort.
   
Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli Umno.
   
"Bagi jawatan Timbalan Menteri (Perumahan dan Kerajaan Tempatan), saya serahkan kepada Perdana Menteri untuk menentukkan kedudukan saya kerana itu budi bicara beliau”
   
"Bagi menentukan keahlian saya dalam Umno, saya menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk mengambil tindakan...kalau mereka rasa saya menyalahi peraturan parti mereka boleh pecat saya," – dipetik dari Bernama.
   
Ucap Lajim semasa program khas serta pengisytiharan gerakan 'Pakatan Perubahan Sabah' (PPS) di kediamannya di Likas Jaya.
   
Pada majlis itu, Lajim turut mengumumkan senarai perwakilan PPS di 17 kawasan Parlimen di Sabah yang dilihat akan berkerjasama dengan Pakatan Rakyat.

Memang tidak masuk akal, jika sesiapa menganggap bahawa mana-mana parti akan membenarkan ahlinya berkerjasama dengan parti pembangkang.

Usaha Lajim ini hanya menduga kewibawaan DS Najib dan meletakan Najib didalam kaadaan serba salah dan usaha memalukan beliau.

Apa tidaknya, kerana Lajim yang memegang jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan terpaksa digugurkan disaat jentera parti Umno-BN sedang diperkukuhkan menjelang PRU13.

Siapa pula akan memangku jawatan yang dipegang Lajim?

Hendak melantik Timbalan Menteri yang baru memang tidak kesempatan, sepertimana jawatan Menteri Wanita yang pernah dipengang Shahrizat, sekarang dipangku sendiri oleh DS Najib.

Bagi ahli Umno Lajim pula, biarkan Lajim keluar sendiri dari Umno. Beliau yang isi borang masuk Umno, beliau patut keluar sendiri. Lajim memang mempelawa diri supaya beliau dipecat dari Umno oleh Majlis Tertinggi. Pelik juga pemikiran orang Sabah.

Jika gerakan 'Pakatan Perubahan Sabah (PPS)’ atau mana-mana parti pembankang yang Lajim akan sertai membenarkan Lajim memegang dua keahlian parti politik, bermakna parti tersebut adalah parti chap ayam togel.

Lajim kini tersangkut dengan keahlian parti, selagi beliau tidak keluar Umno. 


Apa yang akan dilakukan oleh DS Najib terhadap Lajim akan menjadi contoh precedent selepas ini, jika terdapat kes-kes yang serupa.

3 comments:

  1. Pengkhianat BN ini seharusnya dicampakkn kedalam loji taik babi..dah mentekedarah banyak duit kerajaan dan dah hidup senang lenang, maka dengan selamba babi tonyok jer dia nak menyusahkan BN..mampuslah la kau Lajim Babi...

    ReplyDelete
  2. Kalau x pecat lajim UMNO pon cap Ayam TOGEL jugaaaaaak....

    ReplyDelete
  3. tak payah pecat dia.. biarlah dia tetap dgn keahlian UMNOnya.. nanti kalau ada pilihanraya, UMNO boleh claim dia masih lagi ahli UMNO, dan kata dia tu spy UMNO dalam pakatan. Nanti org pakatan pun was-was kat dia. maka tak mustahil nanti dia pulak yg kena tikam dari belakang oleh puak pakatan sendiri

    ReplyDelete