Multiple Pages

02/08/2012

Rafizi. National Oversight & Whistle Blowers Center (Now) & BAFIA & NFCorp.


Oleh: HHalem.


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang didakwa di mahkamah hari ini berhubung pertuduhan mendedahkan penyata akaun projek National Feedlot Corporation (NFCorp) berkata, pihaknya akan menubuhkan pusat lindungan National Oversight & Whistle Blowers Center (Now) untuk rakyat yang bersuara demi keadilan.

"Kalau ikut rancangan asal, ia akan dirasmikan pada 30 Ogos depan.

"Pusat ini bertujuan memberi perlindungan dan dana kepada 'whistle blower' agar mereka berani bersuara dan tahu bahawa mereka dilindungi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.


Rafizi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap pertuduhan mendedahkan penyata akaun NFCorp yang menimbulkan kontroversi kepada dua pengamal
media.

Rafizi, 35, didakwa mendedahkan dokumen penyata baki akaun pelanggan Public Bank Bhd iaitu:-
a- NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd,
b- Agroscience Industries Sdn Bhd dan
c- Pengerusi NFCorp, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail,

yang beliau mempunyai akses, kepada Yusof Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square Jalan Tropicana Selatan Petaling Jaya pada 7 Mac lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia), yang boleh dihukum di bawah Seksyen 103 (1) (a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selain itu, kerani bank Johari Mohamad, 41, yang didakwa bersubahat dengan Rafizi pada tarikh dan di alamat yang sama, juga mengaku tidak bersalah.

Johari didakwa mengikut Seksyen 112 (1) (c) Bafia, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 103 akta yang sama.

Hakim Aslam Zainuddin menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang  penjamin masing-masing ke atas kedua-dua tertuduh dan menetapkan tarikh sebutan semula kedua-dua kes pada 10 September ini dan kedua-dua kes dibicarakan serentak.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam N. Surendran.

Mengenai ikat jamin, Rafizi berkata, beliau diikat jamin kira-kira jam 3 petang oleh Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Adun Seri Setia.


SinarHarian.

2 comments:

  1. Akta whistleblower dah ada dah n memang pemberi maklumat dilindungi ponn...x payah nak gebang laa

    ReplyDelete
  2. gua rasa dia kena denda aje.. koman2 satu juta..ala, duit banyak..setakat sejuta tu main keluar dalam almari aje kepala2 pkr tu.

    ReplyDelete