Multiple Pages

12/07/2012

Uncle Seekers Di Bebas. Keluar Balai Kena Tahan Lagi.


Oleh: HHalem.
Keluar masuk - keluar masuk balai. 
Boleh tahan ketagih ka berhari-hari tanpa Morpin ?

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim memaklumkan Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas (Uncle Seekers) ditahan semula selepas dibebaskan dengan jaminan polis pada pukul 7 malam semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.

Uncle Seekers ditahan semula untuk siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 selepas polis menerima satu laporan daripada seorang lelaki berumur 34 tahun, 4 Julai lepas. Atas perintah mahkamah beliau ditahan selama tiga hari sehingga Sabtu.

"Syed Abdullah dibebaskan semalam selepas siasatan terhadapnya mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 telah selesai dan kertas siasatan berkenaan kini dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya Johor untuk tindakan lanjut. Dia, bagaimanapun, ditahan semula selepas itu untuk siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 berhubung 64 entri di dalam blog terbabit,"
– Ismail dipetik Sinar Harian.

Teman wanita Syed Abdullah, yang sebelum ini turut ditahan reman telah dibebaskan semalam dengan jaminan polis.

Beberapa hari ini, DS Najib telah mencadangkan untuk menghapuskan “Akta Hasutan 1948” dan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional.

Adakah ini bermakna mat morpin ini orang yang terakhir ditahan dibawah Akta Hasutan?

Najib pernah berkata, kerajaan mengambil keputusan menguatkuasakan serta-merta semua akta baharu dan pindaan terhadap akta-akta sedia ada yang yang diumumkan dalam Pelan Transformasi Politik termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan serta Akta Universiti dan Kolej Universiti” - Berita Harian> dan KLPos>


Apa maksud dengan penahan si mamat ini, dari segi kesahannya?


Sumber SinarHarian.

No comments:

Post a Comment