Multiple Pages

04/07/2012

Video Panas. Khalid G Mulai Terasa Bahang Dan Tertekan. Khalid Sudah Meracau-racau.


Oleh: HHalem.

TS Khalid G, mencabar Raja Petra Kamaruddin mendedahkan lagi rakaman video tersembunyi sewaktu beliau berada di dalam pejabatnya.

"Ini adalah permainan yang lucu, jadi teruskanlah”

“Saya ingat, digalakkan dipamerkan,  supaya orang ramai dapat tengok, “

"Saya mendapatinya begitu menjengkelkan, begitu tidak bertanggungjawab. Tetapi sejak ia merupakan satu cara hidup, saya harus menerimanya," kata sambil ketawa.

“Saya melihat apa yang saya lalui dalam politik, ini adalah permainan yang menyeronokkan, jadi teruskanlah kerana saya mesti katakanlah ia adalah sangat mengganggu, tidak bertanggungjawab tetapi kerana ia adalah satu ujian dalam hidup, saya perlu laluinya,” katanya sambil ketawa.


Raja Petra mendakwa orang-orang Timbalan Presiden PKR Azmin Ali memiliki banyak rakaman video yang boleh menjatuhkan Khalid. Pada Ogos 2010, Khalid dilapor berkata beliau mennjumpai video kamera tersembunyi di pejabatnya.

Pada Khalid G ia adalah satu permainan lucu. Dan di waktu yang sama Khalid G ketawa, jengkel, seronok dan penuh dengan perasaan marah didalam waktu jangkamasa yang serentak.

Beginilah kebiasaan Khalid G, apabila beliau tertekan dan dalam keadaan panik. Beliau mudah meracau-racau seperti demam panas.

Apabila Khalid G mencabar Raja Petra, ia adalah satu kesilapan besar kerana Raja Petra adalah sangat resourcefull dan banyak sumber-sumber beliau dan sudah tentu segala video-video dari orang-orang Azmin telah berada ditangan Raja Petra.

Harus diingati bahawa sebelum ini Raja Petra banyak memperolehi surat-surat dan dokumen dalaman yang sulit-sulit belaka. Majoritinya dari Kerajaan Selangor. Ini adalah kerana Raja Petra dipergunakan oleh kedua-dua belah pihak, musuh, kawan dan lawan.

Mungkin Khalid G tersilap percaturan kerana sangka beliau video yang ada pada tangan beliau tidak menunjukan aksi-aksi panas beliau. Tetapi Khalid terlupa bahawa video-video yang lain yang beliau tidak ketahui mungkin betul-betul mempamirkan aksi-aksi panas Khalid dan telah berada ditangan Raja Petra sekarang.



No comments:

Post a Comment