Multiple Pages

05/07/2012

Rektor KUIN Menyalahkan Azizan. Azizan Pula Salahkan Umno.


Oleh: HHalem.
Azizan menyelesaikan masalah tipu pemotongan gaji warga kerja KUIN.
"Kuin ni tak ada masalah pun. Semua okay. Biasalah sebab dekat pilihan raya ni, sebab itu isu ini timbul," 

Kita selalu tertanya-tanya kenapa dan betul kah dengan sikap MB Kedah DS Azizan Razak yang selalu dikaitkan dengan sikap beliau yang tidak mahu mendengar pandangan kawan-kawan, suka menyalahkan orang lain jika timbul masalah dan tidak mahu mencari jalan penyelesaian. Kenapa kah Azizan terkenal dengan jolokan “Azizan tak-tahu-apa-apa”.?

Contoh terkini ialah permasalahan KUIN yang timbul lagi apabila lapuran polis dibuat (disini>) dan tunjuk perasaan berlaku oleh 200 warga kerja KUIN pada Selasa lepas.

Kakitangan KUIN mendesak supaya Rektor Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Prof Datuk Dr Jamil Osman perlu meletak jawatan segera kerana dituduh menipu kerana tidak membuat pembayaran balik kepada bank, syarikat insurans dan institusi kewangan, walaupun potongan gaji kakitangan telah dibuat setiap bulan sejak Januari lepas.
 
Akibat tindakan itu, ada antara petugas Kuin yang dikenakan tindakan mahkamah, kenderaan ditarik balik oleh bank dan penamatan polisi insurans oleh syarikat insurans.

Oleh kerana sikap sombong Azizan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Kuin, sikap tidak mahu ambil tahu dan sikap tidak mahu menerima hakikat untuk mencari jalan penyelesaian telah berkata, “KUIN tidak menghadapi sebarang masalah” dan “staff KUIN sengaja menimbulkan masalah dengan tunjuk perasaan serta membuat lapuran polis disebabkan PRU13 telah hampir”

"Kuin ni tak ada masalah pun. Semua okay. Biasalah sebab dekat pilihan raya ni, sebab itu isu ini timbul," – Azizan dipetik Bernama.


Hendak tahu perangai Azizan, itu lah dia sebenarnya, yang bukan mencari jalan penyelesaian, tetapi mengelak dengan pelbagai tuduhan dilempar kepada parti pembangkang (Umno) di Kedah.

Jika tidak ada masalah, sanggup kah tenaga kerja KUIN membuat lapuran polis dan 200 warga kerja menunjuk perasaan seperti budak-budak universiti yang tidak cukup matang. Bukannya komplen dari 2 orang, tetapi 200 orang. Memorandum permasalahan potongan gaji mereka pula tidak mahu diterima oleh Rektor.

Adakah ia logik sebagai mainan politik, bukannya masalah pentadbir seperti kata Azizan, jika kereta ditarik balik, EPF tidak dicarum dan gaji tidak dibayar?

Ini lah jadinya apabila ahli politik menerajui KUIN dan memberi pandangan politik dan bukannya pandangan sebagai pentadbir yang kita harap-harapkan untuk menyelesaikan masalah.

Rektor/CEO KUIN
Prof Dato’ Dr Jamil Osman
(Bekas Deputy Rector UIA)

Jelas sejelasnya segala masalah yang timbul sekarang dipersalahkan dan diletak atas bahu MB Azizan oleh Rektor KUIN Prof Datuk Dr Jamil Osman.

Prof Jamil sekali-kali tidak akan berundur kerana perlantikan beliau dibuat oleh Azizan dan segala keputusan yang dibuat adalah keputusan Lembaga Pengarah dan bukan dari beliau sendiri.

"Kalau MB (Azizan) nasihat saya suruh letak jawatan, hari ini (Rabu) juga saya akan letak jawatan," katanya menambah pelantikan beliau pada 2008 itu dibuat Azizan selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Kuin.

Azizan dengan tidak sengaja mengesahkan beliau bertanggungjawap terhadap segala tindak tanduk Prof Jamil yang bertindak atas kehendak Lembaga Pengarah yang dikepalai beliau sendiri..

"Bukan dia yang minta kerja ini, saya yang panggil dia balik dari UIA sebab nak buat perkembangan di Kuin," katan Azizan.

Sumber Bernama & mStar

No comments:

Post a Comment