Multiple Pages

09/08/2012

Bala Menimpa Khalid Lagi. Selepas SYABAS, Kini TNB Pula.


Oleh: HHalem.
Rambut wet-look Khalid akan botak terus selepas ini.

Khalid pernah berjanji 4 tahun yang lalu akan menyelesaikan masalah bantahan penduduk membina pencawang letrik di kawasan mereka. Bantahan penduduk dikepalai oleh pembangkang PKR sendiri.

.............
Lembah Klang hadapi risiko gangguan tenaga jika CAR terus ditangguh.

Selangor dan Lembah Klang berdepan risiko gangguan bekalan tenaga yang serius jika projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) terus ditangguh.

Naib Presiden (Penghantaran) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Datuk Rozimi Remeli berkata ini kerana bebanan tenaga bagi kawasan tengah Semenanjung semakin meningkat.

"Kami telah mengadakan mesyuarat dengan Majlis Tindakan Negeri Selangor sebanyak 27 kali dan berharap kerajaan negeri membuat keputusan segera bagi memastikan infrastuktur bekalan itu disiapkan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Projek CAR yang dimulakan pada 2005, melibatkan pemasangan kabel voltan tinggi sepanjang 60 kilometer antara Bukit Tarek di Rawang dan Kampung Chubadak, Sentul.

Projek tertangguh dengan baki jarak 1.5 kilometer di Kampung Sungai Terentang, Rawang sejak empat tahun lepas, susulan bantahan penduduk di situ.

Mengulas lanjut, Rozimi berkata TNB membelanjakan RM300 juta untuk melaksanakan grid nasional itu bagi memastikan negara, terutama kawasan Lembah Klang dan Selangor, memperoleh bekalan tenaga yang cukup.

“Ketika ini, pelabur melihat sistem bekalan tenaga elektrik yang mantap menjadi antara sebab mereka melabur di negara ini dan mereka mungkin meninggalkan negara jika bekalan sering terganggu," katanya.

Rozimi berkata pada masa yang sama TNB meneruskan usaha meningkatkan grid nasionalnya di seluruh negara.

Sebanyak RM1 bilion diperuntukkan tahun ini untuk melaksanakan infrastruktur grid nasional dan daripada jumlah itu 95 peratus sudah diguna, katanya.

Rozimi berada di sini bagi menghadiri Ihya Ramadan TNB peringkat negeri Perlis yang berlangsung malam tadi di Masjid Al-Amin, Sempering dekat sini.

Pada majlis itu juga 50 anak yatim dan penduduk miskin menerima sumbangan TNB dengan jumlah keseluruhan RM5,000. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment