Multiple Pages

09/08/2012

Pulak Dah!. PAS Kedah Putuskan Pakai Dua Tema Merdeka Serentak.


Oleh: HHalem.
Exco Penerangan, Usahawan dan Pembangunan Insan.
Datuk Abdul Ghani Ahmad

Berita gempaq sekali lagi mengenai tema Hari Merdeka dan kita sudah naik letih dengan mainan kerajaan pembangkang PAS di Kedah yang jelas menunjukan mereka kurang mahir dan sepakat.

Kerajaan Negeri Kedah sekali lagi membuat keputusan akan menggunakan dua tema menyambut Hari Kemerdekaan ke-55 iaitu :-

1- Pertama - 'SeBangsa, SeJiwa, SeNegara' , yang diputuskan oleh Pakatan Rakyat.
2- Kedua – “Terus Berbakti” , yang direka oleh negeri Kedah sendiri.

Exco Penerangan, Usahawan dan Pembangunan Insan, Datuk Abdul Ghani Ahmad berkata, semua negeri pimpinan Pakatan Rakyat bersetuju untuk menggunakan satu tema sahaja iaitu SeBangsa, SeNegara, Sejiwa.

Walaubagaimanapun, negeri Kedah tetap akan menggunakan tema ciptaan sendiri sebagai alternatif.

“Bagaimanapun, kerajaan Kedah tetap menggunakan tema Terus Berbakti sebagai tema alternatif sambutan hari kemerdekaan ke-55,” katanya kepada Sinar Harian.

Kekeliruan PAS mungkin ada hikmah pada Umno-BN Kedah.

1 comment:

  1. Sudahlah ghani ooiii kami harap sangat hang berundur pada PRU 13 nanti bagi peluang orang lain pula lagipun kami warga Ayer Hitam dah jemu dengan muka hemoi hang bila mati,baca kutbah/imam nampak muka tapi kami mau sesuatu bukan nak tengok muka hang aja. Buatlah keja sikit.

    ReplyDelete