Multiple Pages

05/08/2012

Gambar Seks: Azizah Desak PKR Siasat Azmin. Anwar Membantah Keras.


Oleh: HHalem.

Bekas Ketua Pemuda PKR Kedah, Zamil Ibrahim berkata, PKR didakwa bercadang melakukan siasatan dalaman terhadap Timbalan Presidennya, Azmin Ali berhubung penyebaran gambar aksi panas yang dikatakan mirip beliau pada April lalu.

Zamil Ibrahim berkata, siasatan dalaman itu bagaimanapun tidak dipersetujui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun didesak keras Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan pemimpin kanan parti lain.

Katanya, pertelingkahan itu menyebabkan berlakunya keretakan dalam PKR yang mana wujud dua kem iaitu kem menyokong siasatan terdiri daripada penyokong Dr. Wan Azizah dan kem yang menolak siasatan terdiri daripada penyokong Anwar dan Azmin.

"Saya difahamkan siasatan dalaman PKR ini tidak direstui Anwar. Beliau tidak mahu siasatan dijalankan walaupun diasak Presiden dan pemimpin kanan parti.”

Utusan


.............
Begitu mudah untuk kita memahami kenapa Anwar membantah keras kehendak pemimpin tertinggi pembangkang PKR dan juga kehendak isteri beliau, untuk menyiasat kes gambar seks Azmin.

Jika gambar seks Azmin dimulakan siasatan, samada jumpaan nya positif atau tidak, maka ia akan menjadi ikutan selanjutnya iaitu kes video seks Anwar juga akan diminta di siasat oleh pemimpin PKR secara dalaman. Ini yang menakutkan Anwar. 

Adakah ini disedari oleh Wan Azizah? Atau Wan Azizah begitu yakin yang Anwar tidak bersalah sehingga beliau tidak risau langsung bab ini. Yang pastinya ini lah peluang keemasan bagi Wan Azizah untuk melanyak Azmin yang beliau benci dan cemburu kerana berkongsi kasih dengan Anwar. Ia merupakan serampang dua mata bagi Wan Azizah.

Malahan kita cukup faham kehendak pemimpin PKR kerana mereka risau gambar seks Azmin akan menjadi tajuk utama kempen PRU13 nanti yang bakal menjatuhkan beliau bersama isu air yang akan menengelamkan PKR Selangor.

Bagi mereka ini lah masa yang paling sesuai untuk menyiasat kes Azmin untuk menunjukan yang PKR Selangor memang telus, adil, saksama dan mengikut kehendak rakyat. Itu pun atas dasar Azmin sendiri mengaku beliau tidak bersalah. Pada hakikatnya, Azmin terkejar-kejar meminta bantuan Anwar supaya tidak disiasat, walaupun secara dalaman.

Sehubungan itu, PKR terus mengatur strategi dan satu persatu checklist dan tindakan susulan akan diambil untuk kegunaan bahan kempen PKR PRU13 dan untuk mematahkan hujah pihak Umno-BN nanti.

1- Gambar Seks Azmin – Siasatan dalaman akan dilakukan.
2- Isu Air Selangor – 33 daripada 34 Loji Rawatan akan diambilalih.
3- Isu Lateefa Koyak –
4- Isu Faekah –
5- Isu UniSEL –
6- Isu Video Anwar –
7- Isu Pasir - 8- Isu Azmin & Mak Tom – Azmin akan & mesti balik beraya dengan ibu beliau.

8- Manifesto 2008 - Penurunan cukai pintu kos rendah 25%.

No comments:

Post a Comment