Multiple Pages

05/08/2012

Pelajar UniSEL Merempat Tiada Tempat Tinggal. Ikuti Sebabnya. UniSEL Hutang RM15 Juta.


Oleh: HHalem.

Masalahnya Pelajar Tidak Dapat Daftar Kediaman Tanpa Notis.

“Kami (MyNewsHub) menerima aduan berkenaan pihak pengurusan kolej kediaman Universiti Selangor (UNISEL), Jana Niaga Sdn Bhd bertindak menutup pejabat operasi bagi sesi pendaftaran kolej kediaman yang sepatutnya berlangsung Jumaat lalu”

“Maka, ramai penuntut UNISEL mula ‘naik angin’ apabila ada diantara mereka yang datang dari jauh tidak dapat mendaftarkan diri sekaligus tidak menerima kunci bilik”

Jana Niaga Sdn Bhd (JN) adalah sebuah syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk membangun dan mengoperasikan kediaman pelajar di Kampus Induk UNISEL Bestari Jaya.

Pihak MyNewsHub akan mendapatkan keterangan lanjut berkenaan isu tersebut dan Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISEL, Mohd Jeffri Abu Hassan juga akan mengadakan mesyuarat dengan pihak pengurusan UNISEL dan Jana Niaga Sdn Bhd dalam masa terdekat.

(HHalem-Apa masalah sekali pun antara JN dan UniSEL, pelajar wajib diberi notis pemberitahuan penutupan pejabat operasi terlebih dahulu supaya nampak kebertanggungjawapan pihak UniSEL, mahupun pihak JN)

Kenapa terjadi demikian dan mengapa pejabat operasi ditutup tanpa notis?

Bernama pada hari Sabtu 04/08/12 melapurkan bahawa;


Ketua Bahagian Residen Komuniti JNSB Noor Ashikeen Mohd Stap ketika dihubungi menjelaskan tindakan menutup pejabat pengurusan asrama ketika sesi pendaftaran bermula adalah disebabkan pekerja syarikat itu tidak menerima gaji dalam tempoh yang lama sehingga menjejaskan urusan seharian.

Beliau berkata JNSB tidak berniat menimbulkan masalah dan meminta semua pihak memahami beban yang ditanggung syarikat itu berikutan tiada bayaran untuk melangsaikan gaji pekerja, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan, dan hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri.

"Memang ramai yang seolah-olah menyalahkan JNSB, tetapi hakikatnya, pihak pengurusan Unisel gagal melangsaikan tunggakan bayaran yuran penyelenggaraan bagi tempoh 17 bulan dan bayaran asrama yang dikendalikan JNSB untuk tempoh lapan bulan”

"Memang penuntut sudah membayar yuran asrama kepada Unisel, tetapi bayaran itu tidak sampai ke tangan JNSB, menyebabkan insiden ini berlaku," katanya.

Noor Ashikeen berkata apabila masalah itu dibawa kepada pihak atasan JNSB, mereka tidak dapat memberi jaminan berhubung pembayaran gaji yang boleh dibuat dan beliau difahamkan sehingga kini, masih tiada perbincangan antara Unisel dan JNSB bagi mengatasi masalah tersebut.

"Pihak pengurusan Unisel mengambil sikap mendiamkan diri menyebabkan kami kian tertekan, dan keadaan itu menuntut kami untuk bercuti. Memang diakui sebelum ini, masalah yang sama turut berlaku sehingga pekerja gagal menerima gaji untuk tempoh dua bulan, namun akhirnya dibayar secara berperingkat”

"Namun kini, kesabaran kami sudah sampai ke kemuncaknya, dan apabila tiada jalan penyelesaian diambil, kami terpaksa menutup pejabat dan menunggu keputusan yang dibuat pihak atasan JNSB dan Unisel," katanya”

(HHalem-Penulis merasakan adalah tidak bertanggungjawap dari pihak Jana Niaga kerana tidak bertindak memberi notis lebih awal supaya tidak menyusahkan pelajar-pelajar yang datang dari jauh dan supaya mereka lebih bersedia. Masalah ini bukan kali pertama berlaku. Masalah UniSel kebas duit dan tidak membayar kepada JN adalah masalah lain yang harus diselesaikan berasingan supaya pelajar tidak menjadi mangsa dan merempat di bulan puasa.)

Apa masalah lebih besar dan masalah akar umbi antara Jana Niaga dan UniSEL?

Bernama terus melapurkan bahawa;

Universiti Selangor (Unisel) didakwa berhutang hampir RM15 juta dengan Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang bertanggungjawab membangun dan menguruskan kediaman penuntut di kampus induk universiti itu di Bestari Jaya, Kuala Selangor.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata tunggakan bayaran itu melibatkan kos penyelenggaran di kampus induk dan operasi asrama universiti milik penuh kerajaan negeri Selangor tersebut.

"Saya difahamkan Unisel sudah mengutip yuran daripada pelajar, tetapi kenapa tidak bayar kepada kontraktor (JNSB)? Mana pergi duit itu? Apabila tidak bayar selama beberapa bulan, dan jika kontraktor tutup asrama, yang jadi mangsa ialah pelajar”

"Ini jelas menunjukkan kelemahan kerajaan negeri Selangor, nak urus Unisel pun tidak reti, macam mana nak urus negeri”

“Menteri Besar Selangor dan Unisel kena jawab perkara ini, kalau benar-benar ikhlas, bayarlah hutang kontraktor dan jangan susahkan pelajar," katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan zakat perniagaan Agrobank berjumlah RM170,087.43 kepada Lembaga Zakat Selangor di sini, Sabtu.

Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar berhubung isu kegagalan pelajar Unisel mendapatkan tempat tinggal di kampus induk bagi sesi pengajian yang bermula 7 Ogos ini berikutan penutupan pejabat operasi JNSB.

Masalah itu berlaku kerana Unisel didakwa tidak melunaskan yuran penyelenggaraan untuk 17 bulan dan bayaran asrama yang dikendalikan JNSB bagi tempoh lapan bulan.

Dalam pada itu, Noh mengulangi cabarannya kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar mendedahkan laporan kewangan Unisel yang gagal dibentang pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor baru-baru ini.

"Sebelum ini, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Sulaiman Abd Razak sudah bangkitkan dalam DUN bahawa dia ada bukti yang akaun Unisel sudahpun diaudit, tetapi Menteri Besar tidak boleh jawab, dan beliau tetapkan bulan ini (untuk beri penjelasan).

"Jadi, saya akan tunggu sampai hujung bulan ini, kalau dia gagal bentangkan pendapatan dan hasil Unisel, saya akan tolong bentangkan bagi pihak kerajaan negeri, saya dah ada laporan ini," katanya.

(HHalem – Punca akar umbi ialah UniSEL memugut wang asrama dari pelajar tetapi tidak membayar kepada Jana Niaga atas alasan-alasan tersendiri oleh UniSEL. Jelas bahawa Pembangkang Pakatan Rakyat dan Kerajaan Selangor pimpinan MB Khalid Ibrahim tidak tahu langsung menguruskan UniSEL. Semua nya berkecamuk dibawah pembangkang. Yang pastinya duit UniSEL digunapakai terlebih dahulu oleh Khalid untuk tujuan lain.

Pernah kah perkara ini terjadi dibawah kerajaan pimpinan pemerintah Umno-BN?

Kita tunggu apa temberang pembangkang MB Khalid Ibrahim selepas ini dimana beliau bertanggungjawap terus terhadap UniSEL.

Rakyat Selangor tentu sedang menyesal sekarang dan bertindaklah pada PRU13 nanti. )

2 comments:

  1. itulah sebanarnya eri merakyat ekonomi selangor,,,guna nama rakyat..hanya sebagai penambah perisa dalam santapan politik mereka..hampeh betui

    ReplyDelete
  2. Kepada pelajar UniSEL dan waris2pelajar serta rakyat Selangor khasnya dan rakyat Malaysia amnya,jangan menyalahkan kerajaam BN ini adalah kelemahan kerajaan negeri Selangor di bawah pakatan yg tak tahu takbir urus.JANGI BELUM TERTUNAI

    ReplyDelete