Multiple Pages

09/08/2012

Hadi Awang Bersuara Mengenai Hukum Syarak PAS Mengundi DAP Kafir Harbi. Hadi Benar-benar Kecut Kali Ini.


Oleh: HHalem.
Jawab soalan mudah. Jangan kelentong.
"Apa hukum syarak orang PAS mengundi DAP Kafir Harbi?"

Akhir-akhir ini ramai yang bertanyakan apa hukum hakam dari segi syarak jika orang PAS mengundi DAP? Itu saja, simple.

Hadi Awang, Presiden PAS terus mengeluarkan komen dan tuduhan bahawa Umno-BN menggunakan provokasi perkauman terhadap DAP.

Ini menampakkan lagi bahawa serban Hadi penuh dengan lumpur.

Hadi sepatutnya mengeluarkan paktua-paktua beliau atau amanat Hadi supaya PAS tewas teruk pada PRU13 nanti. Nampaknya beliau tidak berani. Beliau betul-betul kecut teloq kali ini.
A - Ramai orang tahu hukum-hakam bahawa mengundi DAP Kafir Harbi adalah haram. Wajib menolak mereka.


"Kafir harbi" ini adalah kafir yang sanggup menghalang umat Islam termasuk Pas-Umno dari melaksanakan hukum Islam, negara Islam dan hudud apabila tiba pada masa yang sesuai nanti. Contohnya Pengerusi DAP, Karpal Singh, sahabat karib didalam Pakatan, yang menempelak Pok Nick dan Pemuda Pas setiap kali mereka membuka mulut untuk melaksanakan hudud dan negara Islam.

Malahan DAP sanggup berperang dan menghuru-harakan negara kerana itu, jika negara ini tiada undang-undang. Apa buktinya DAP sanggup berbuat demikian?

Bukti terdekat sekali, lihat contoh 13 Mei yang dikepalai Lim Kit Siang waktu itu. Jika negara tiada undang-undang kukuh, maunya berperang sesama rakyat waktu itu, hasil hasutan Lim Kit Siang. Malahan, memang telah ada peristiwa bunuh membunuh ketika 13 Mei.

Bukti terkini DAP sanggup menghuru-harakan negara, jika PAS mahu melaksanakan hudud apabila berjaya ke Putrajaya kelak. Peristiwa 13 Mei akan berlaku lagi jika kita benarkan dengan membuka peluang seluas-luasnya kepada DAP dengan mengundi mereka.

B- Kemudian ada yang bertanya, bagaimana dengan MCA-MIC? Mereka juga kafir.?

Kafir MCA-MIC adalah Kafir Zimmi iaitu kafir yang jinak/berjanji setia dan tidak memerangi Islam. Mereka tidak suka gaduh-gaduh dan mahu hidup aman damai. Malahan tidak mahu dan tidak sanggup memerangi pemerintah didalam apa cara dan bentuk sekali pun. Mereka bertentangan sekali dengan DAP Kafir Harbi, setakat ini.

Dalil/nas Kafir Harbi dan Kafir Zimmi, lihat keratan dibawah sekali. Di nasihatkan pembaca berguru mengenai perbezaan Kafir Harbi dan Kafir Zimmi.

C – Kepada tuduhan Hadi bahawa Umno-BN menggunakan provokasi kaum terhadap DAP. Apa jawapan nya?

Pengikut bawahan Hadi pun tahu bahawa Umno-BN terdiri bukan sahaja dari pelbagai kaum dan bangsa, malahan terdiri dari pelbagai agama.

DAP pula semua orang tahu terdiri dari pelbagai bangsa dan agama. Malahan ada DAP Melayu lagi. 

Umno-BN dan DAP terdapat pelbagai kaum, bangsa dan agama. Jadi dimanakah provokasi perkaumannya?. Hadi sebenarnya yang membatu-apikan supaya bergaduh.

Jadi apa yang Hadi merepek sebenarnya. Itu lah sebabnya penulis katakan serban Hadi penuh berisi dengan lumpur.

Kepada pengikut setia PAS, berduyun-duyun lah anda menemui Hadi Awang malam ini dan bertanyakan soalan mudah iaitu, “apa hukum syarak jika PAS mengundi DAP Kafir Harbi”.

Jika anda tidak mendapat jawapan mudah (bukan kelentong) dan straight forward dari Hadi Awang, maka harus lah berfikir dua kali dengan perjuangan PAS yang diagong-agongkan itu.

Hadi patut bersara menjadi nelayan sepenuh masa jika beliau tidak memberi jawapan memuaskan kali ini.

2 comments:

  1. Mca berjanji setia kunun, ulasan macam orang duduk dlm gua

    ReplyDelete
  2. .....kenyataan bekas mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin (gambar kiri) yang mengatakan sekiranya orang bukan Islam tidak boleh disokong, bagaimana mereka boleh dilantik menjadi menteri seperti amalan yang dilakukan Umno.

    Sambil menegaskan kerjasama PAS dengan DAP bukan berbentuk wala' iaitu patuh atau ikut arahan, sebaliknya tahaluf siyasi (kerjasama politik), beliau berkata perkara tersebut tidak difahami kebanyakan pihak.

    "PAS bertanding dengan lambang PAS, calon PAS, duit PAS. PKR dengan lambang PKR, calon PKR. Begitu juga DAP. Tidak seperti MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti komponen lain dalam BN, mereka terpaksa ikut arahan bertanding atas satu lambang iaitu BN," tegas beliau lagi.

    ReplyDelete