Multiple Pages

29/08/2012

Nasharudin Telah Dihukum Dan Akan Keluar Dari PAS. Seperti biasa Pok Nick membocor keputusan Majlis Syura.


Oleh: HHalem.
Mengaku kalah kerana Pok Nick telah 'bye-bye' terlebih dahulu.

Seperti biasa cara dan sikap pemimpin tertinggi PAS, terutamanya Pok Nick yang suka mengadili terlebih dahulu melalui media dan menjatuhkan hukum terhadap mana-mana pemimpin mereka yang akan dibicarakan oleh Majlis atau Jawatankuasa.

Sebelum ini kita lihat bagaimana Datuk Dr Hasan Ali dihukum terlebih dahulu oleh Pok Nick melalui media dan kemudiannya diendorse sahaja secara rasmi oleh Jawatankuasa yang bermesyuarat kemudian.


Ini lah perangai Pok Nick yang menunjukan kuasa mutlak beliau dan membelakangi dan mempengaruhi suara majlis beramai-ramai yang mereka agongkan. Pok Nick menunjukan sikap kuku besi.

Hari ini kita lihat perkara yang sama berlaku pada Nasharudin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden Pas dan Ahli Parlimen Bachok. Nasib Nasharudin dan hayat politik beliau dihujung tanduk dan ditekan hebat oleh golongan Anwar didalam PAS, termasuk tekanan dari Presiden Pas Hadi Awang sendiri.

Pok Nick sekali lagi menunjukan sikap sombong dan angkuh beliau apabila terus menjatuhkan hukum terhadap Nasharudin melalui media sebelum mesyuarat sebenar Majlis Syura Ulama Pas yang dijadual pada 9 September nanti.

Mursyidul Am Pok Nick menjatuh hukum terlebih dahulu terhadap Nasha dan mengucapkan selamat tinggal bye-bye kepada Nasha kerana tidak mengikut peraturan.

Serupa sahaja, Karpal Singh (Pengerusi DAP), Nasha ke, Allahyarham Datuk Asri Muda (bekas Presiden Pas), yang turut peraturan kita terima, yang tak turut peraturan bye-bye," 

Kata Pok Nick pada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri 2012 anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dan Jameiah al-Asriah di Kota Bharu yang dipetik oleh Utusan.


Mengikut sejarah yang lepas-lepas, kata Pok Nick adalah pemutus mutlak. Jika trend ini diikuti maka Nasha boleh bungkus dan gulung tikar dari PAS.

Muktamatnya Nasha telah dihukum oleh Pok Nick dan beliau akan keluar dari PAS, walaupun Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan pada media bahawa Nasha masih relevan dan tidak akan disingkir.

Bye-bye kepada Nasha dan jika PAS beroperasi begini seperti diktator maka ia satu kesilapan dan blunder terbesar sekali oleh pemimpin Pas.

Satu perkara yang agak menarik juga ialah apabila Pok Nick menyebut nama Karpal dan Allahyarham Datuk Asri sebagai penyedap kata dan pengukuh bahasa bahawa beliau amat serius dan ‘mean business’, tidak kira Penjabi beroda atau si mati.

Apa kata jika Karpal bangun menempelak kembali terhadap Pok Nick yang menunjukan sikap angkuh atau keluarga Allahyarham Datuk Asri bangun membantah kerana Pok Nick menghina mereka.

2 comments:

  1. Yang hang sibuk dan merawan merapu tentang hal2 parti PAS apasal? Kau lembu Umno, sibuklah dgn parti tuan kau.

    ReplyDelete
  2. anon 21:41...hahaha keldai dap dr parti Ham(pas) dah mengamok...kalau pasal umno pandai lak menyibuk & memfitnah sekaligus..bukan nak menyibuk ngok...nak bagitau hang yg parti PAS tak leh pakai..ulamak2 yg pertahankan murtad, kalimah ALLAH & penyatuan ummah dipecat atau 'akan dipecat'...karpal singh & LGE dipertahankan! fikir2kan lah!

    ReplyDelete