Multiple Pages

29/08/2012

Tok Azizan Masih Sakit Teruk Lagi. Mesyuarat Exco Batal 3 Kali. Hancur Kedah.


Oleh: HHalem.
Mesyuarat Exco 3 minggu berturut-turut batal.
Tok Azizan merangkak dan menyulur pun dia sanggup datang Mesyuarat.
Kalau tak datang, maknanya beliau dah tidak boleh merangkak lagi.


Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak belum masuk bertugas dan masih semput walaupun beliau sepatutnya mempengerusikan Mesyuarat Exco pada hari Selasa semalam. Begitu lah sepertimana yang difahamkan dari Bernama.

Minggu sudah (disini>), Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah beriya-iya benar cuba menyembunyikan tentang sakit teruk Azizan dan menyakinkan yang Azizan telah sedia pulih untuk mengadakan Mesyuarat Exco pada hari Selasa.


Tok Azizan ini, ramai yang tahu perangai beliau, jika sakit sikit-sikit, walaupun merangkak beliau akan datang berkerja. Itu lah bunga bahasa yang digunakan di Kedah tentang sikap Azizan yang degil, bantah dan tidak mahu dengar cakap orang didalam segala segi terutama tentang bab datang berkerja.

Oleh itu, jika Tok Azizan tidak datang mempengerusikan Mesyuarat Exco bermakna beliau betul-betul serious dan sakit teruk sehingga tidak boleh berjalan.

Atas sebab itu, dimana kah pembantu atau timbalan atau pemangku Tok Azizan yang sah dan boleh menerajui Negeri Kedah.?

Kami rakyat Kedah tidak mahu negeri Kedah kucar-kacir tidak bertuan atas sebab kedunguan pemimpin PAS Kedah, dimana perkara-perkara mustahak yang memerlukan kata putus Menteri Besar juga akan tertangguh dan tergendala. 

Atau bagi PAS, tidak ada perkara yang mustahak langsung jika melibatkan kebajikan rakyat Kedah?

Kami rakyat Kedah tidak mahu terbeban dan politik tidak stabil atas sebab cah keting/daih betis sedang berleluasa didalam PAS sekarang kerana masing-masing pihak melobi untuk menganti Tok Azizan yang sakit.

Kalau macam ini sikap acuh tak acuh PAS Kedah, tidak payah lah kita memilih PAS pada PRU13 nanti.

No comments:

Post a Comment